Tuesday, February 2, 2016

Kisah Sekolah Ariff Ilman

Assalamualaikum 

Salam Februari . Kejap je kan dah masuk Februari. Jadi marilah kita mengimbau sedikit kenangan bulan Januari yang sudah berlalu pergi meninggalkan kita. ehehe.

Ariff Ilman masuk sekolah dah . hehe

Sebelum ni , setiap kali tanya Ilman, dia cakap taknak sekolah. Ibu pun selalu tanya, stress dia nak jawab. ahaha. Sekali tu tanya, dia cakap nak sekolah. So, marilah kita tengok mana yang dekat dan memudahkan. Little caliph , PASTI je dalam senarai. ehe. sebab yang lain semua dah full.haha.

Mesej2 cikgu PASTI dan dia cakap ada 2 kosong untuk  murid  4 tahun. Malam sebelum daftar baru pergi beli kasut and beg. haha. Mujurlah ada barang dekat-dekat je dengan rumahnya. 

Seronok sangat tu ada beg Car . hehe




Hari pertama sekolah tak ambil gambar pun . Bayar yuran RM 395 kot . Lupa dah pulak. PASTI ni senang sebab anak pengasuh pun sekolah kat sini. So, naik  van  pergi balik berteman. Takde lah risau sangat. 

Muka tatau la nampak sedih je ibu tengok,haha. Sorang lagi tu anak pengasuh umur 6 tahun.



Pengasuh hantar gambar sebelum pi sekolah. 
Belum pass buat peace lagi tu. layankan je. haha



Pagi-pagi , ayah kejutkan ilman jam 6.30 . Kena bertabah jugak nak kejut dan mandikan dia. Mood pagi-pagi ni biasalah. Kena awal sebab kami keluar p kerja  jam 7. So, nak tak nak kena mandikan jugak awal-awal. Biasakan lah kan nanti nak sekolah betul macam tu jugak kena bangun awal pagi.  Ayah hantar Ilman n Annur ke umah pengasuh dulu dan dalam jam 7.30-7.45 pagi, van datang ambil pi sekolah. Dekat sangat pun sekolahnya 5 minit je dah sampai dah. jam 11.30 pagi dah balik sekolah dah.

Selama sebulan ni tengok dia seronok pergi sekolah, cakap sekolah best. naik van,  balik umah asyik dengar nyanyi .hehe. adalah jugak selawat ,doa, abc , 123 . hehe. Asal dia seronok berkawan  tu ok la. saja bagi berkawan dulu..

Tahun depan tengok nak stay PASTI ke tak. Kena survey awal sikit. Sekarang boleh tengok-tengok dah tempat nak hantar. Kalau dia happy dan seronok kat situ, teruskan je..

Semoga anak ibu diberi kesihatan yang baik, sentiasa dilindungiNya, berkawan baik baik dan diterangkan hati untuk menuntut ilmu...

3 comments:

Hana Soffelia said...

Rasa anak masing2 besar sgt dh ni bila bersekolah. Tunggu sikit lg semua pakat hntr anak masuk darjah 1, semua uniform sama, comel je.

Anyway, tahniah puteri berjaya update blog hari ni. hahaha

e.t.t.y said...

kalau okay teruskan je pasti put. sbb skrg nk masuk slot pasti tu selalu failed. high demand ni..

puteriraifana said...

HANA- saya turut berbangga berjaya menulis. hahaha. Itulah hana, lagi 2 tahun dah masuk darjah 1 kan

ETTY- haah, kalau dia selesa n suka pergi sekolah situ memang akan teruskan je. tu pun yang 5 tahun dan over kuota dah. penuh kelas pulaknya