Wednesday, February 3, 2016

Kisah Sambung Belajar


Assalamualaikum.

Belum cerita perihal sambung belajar , tiba-tiba dah tamat. Haha. Mehlah kita mengimbau sikit kisah sambung belajar ini.. Memang macam biasalah niat lepas degree memang nak sambung belajar, siap terus beli borang master research kat USM, da siap discuss dengan supervisor. Tapi itulah, kita hanya mampu merancang, rezeki kerja dulu sampai. Dah kerja rezeki kahwin awal , rezeki anak.. sudahnya.  tahun 2014 baru ada rezeki sambung belajar di UPM.

Alhamdulillah, dipermudahkan jugak dapat sponsorship company, 30k jugak nak bayar untuk 4 sem. Master Plantation Management ni memang antara yang paling tinggi yurannya. Lecturer ada yang dari UPM dan jemputan luar juga.. 

Februari 2014 bermulalah perjalanan kelas setiap Sabtu-Ahad 9-5 . Masa ni anak masih sorang dan sian Ariff Ilman kena tinggal selalu sebab ibu kerja dan sambung belajar. Rasa tough betul masa tu Ilman pun masih setahun lebih masa tu.. Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat memahami, pengasuh yang tidak berkira dan family yang sentiasa menyokong. Kalau tak , tak tahulah macam mana nak mengharunginya.

Dalam masa belajar masuk sem 2.. rezeki mengandung lagi.. Alhamdulillah jugak dapat mengharungi sem 2 dengan jayanya.. Baby pun sama-sama memahami ibu yang tengah belajar. Memang niat dalam hati tak nak postpone study.. Alhamdulillah bersalin pada minggu cuti sem dan cuma cuti jap tak pergi kelas untuk sebulan. Ingat lagi masuk exam tengah pantang.  Syukur sangat sem 3 tu dapat lecturer yang sangat memahami dan  tak strict. Dalam banyk cuti pun sem 3 score highest dari 2 sem sebelum. hehe. Alhamdulillah... Dipermudahkan semuanya..

Dan sem akhir diiringi dengan 2 orang anak pula.... Nak cerita pahit getir memang banyak. Dalam hati fikir memang nak habiskan cepat-cepat. Sem akhir sangat memberi tekanan sebab banyak sangat assignment n subject Marketing yang menyesakkan. haha. Berkorban masa, tidur  dan paling sedih berkorban masa dengan anak-anak. Sobs. Nak kena siapkan final project dan semua assignment yang melambak-lambak.. Kagum dengan diri sendiri yang berjaya habiskan semua. Dipendekkan cerita, tamatnya sambung belajar di UPM 2014-2016 dengan jayanya...Belum grad lagi, hujung tahun ni InsyaAllah..

So, akhirnya terimalah gambar-gambar kenangan sepanjang belajar di UPM

Majlis makan-makan akhir sem


 3 orang je yang final sem


 Cake for us. Sedapp



Final Project Presentation


My great supervisor, Dr Ridzwan


Three of us




Copy sikit ayat dalam thesis. hehe

My deepest gratitude goes to my family for their unflagging love and support throughout my life. I would like to give special thanks to my beloved  husband, Mohamad Kharussani , my loving son, Ariff Ilman and lovely daughter, Annur Safiyya for their patience, encouragement, understanding and sacrifice throughout the two year programme. I am indebted to my lovely father, Ahmad Zai and my mother, Rohani Ismail for their care and love.  Further thanks should goes to my parent in law, siblings and friends for their continuous support. 


                                                                   and 
                                                               the END

5 comments:

Hana Soffelia said...

Kagum dengan put. Hana ada cita-cita gak nak sambung master tapi lepas pada tu, terus macam malas je jadinya.

Congratulation in advance put.

e.t.t.y said...

tetibe speech tu mcm sedih je. tahniah put. bilalah aku nk rajin sambung belajar ni. bila ingatkan masa dengan anak anak tu aku mcm tak sanggup je padahal mak mak lain boleh je kan...ke aku yg maleh agaknye. haha

puteriraifana said...

HANA- Put kalau tak start dulu memang malas jugak hana. Sekarang datang malas dah hana. hehe. Spend time dengan anak-anak pulak

ETTY- haah, memang sian kat diorg sabtu ahad kena tinggal, memang berkorban masa dgn anak-anak n family. tabah n sabar je la yang mampu. ehe. amik short course pon boleh etty

Cik Puan Tqah said...

tahniah put..salute laaa

achiek anis said...

Rajinnya puteri...ku dulu ada la keinginan tapi skg ni mcm dah takde perasaan tu utk smbg lagi...btw tahniah sekali lagi