Tuesday, February 16, 2016

Kisah Pavlova Love by Rara

Assalamualaikum..

Dah masuk Februari kan..cepat je. Update bulan Januari tak habis-habis lagi. haha. Takpelah slow-slow asal ada update biarpun asyik krikkrikkrik aje blog ni.

So hari ni nak share kesedapan, kecantikan, kemanisan dan keterujaan sebiji kek bernama PAVLOVA by rara.

Dah lama nak merasa kesedapan Kek Pavlova Rara ni. Tunggu masa je nak order. Maka, sempena hari keputeraan putera cinta hatiku. ececece, Kita orderlah kek Pavlova berbentuk love sebagai bukti bunga bunga cinta. ke buah buah cinta. Padahal diri sendiri yang nak makan Pavlova. haha. 

Bagus sangat Rara ni, request je nak buat love, dia try buat biarpun tak pernah buat. Dalam tak pernah buat tu, perfect gila pavlove dia buat. Dahla sedap, meringue rangup, krim banyak & sedap, buah fresh & banyak,tak over manis, masam manis secukup dan sesedap  rasanya... tengah cerita ni pun dah terliur nak makan pavlova lagi.hahaha


Marilah Pavlova bergambar sebelum dimakan dengan gembiranya. 

Last minit mintak Rara tulis Happy Birthday tu.haha. Tulis pun cantik . Korang nak tulis ni bagitau awal-awal kang dia buat lagi meriah berdesign .hehe


Candle light dinner dalam bilik, tu yang bercandle bagai. 


So, sesiapa yang nak order Pavlova by Rara yang sedap gilos ni.. bolehlah terjah Ig n Whatsapp Rara yang akan melayan segala apa yang korang nak. haha.

@sugarlandbyrara  -ig @ fb
019 4774240 -WA



Sekian, review Pavlova kita untuk hari ini. Semoga hari kita dipermudahkan dan diberkati selalu...



2 comments:

safurara said...

Huaaaa tqsm bebs.tqsm. terharu aku. Bila ko request lah aku memberanikan diri buat wehh. Tq kt ko gak.

Hana Soffelia said...

alaaa put buat kita terliur pavlova rara je. dahlah pavlova tu favourite hah.

eh comel nau put siap ber'candle light' dinner dalam blik. ekeke