Monday, June 1, 2015

Kisah Majlis Aqiqah Annur Safiyya

Assalamualaikum

Sementara tengah cuti berpantang ni, marilah pantas menulis blog sebelum lupa segala cerita.

 Sebelum bermula dengan kisah Aqiqah, Introducing our princess…



ANNUR SAFIYYA BINTI MOHAMAD KHARUSSANI (CAHAYA KESUCIAN)

17 APRIL 2015 @ JUMAAT @ 4.10 pm
3.2 kg &  53 cm
HOSPITAL PAKAR AN-NUR, BANGI


 Ok sambung Alkisah Majlis

Kisah Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Annur Safiyya telah berlansung pada 25/4/2015 hari Sabtu di rumah Tok n Tok Wan , Rumah Mertua di Tanjung Piandang Perak. Kambing dah disembelih pada  hari ke 7 (23/4/2015).

Kambing Aqiqah Annur Safiyya

Doorgift dah disiapkan awal-awal. Yassin dan tasbih order saja (RM 1.60/set). Sampai 2 weeks before bersalin. Nasib awal sampai. Dah lupa kat ig shop mana. Adoi.  sticker dan paper bag pink comel order kat igshop jugak. Yang ni sampai sehari before majlis,. Order pun seminggu sebelum bersalin, mujur sampai jugak.  , yang lain-lain bunga telur dan kuih muih  dari kedai Mak Mertuaku..
Mahapkan ibu yang obses pink. ehe

Set buaian berendoi sewa barang sahaja, lepas tu hias sendiri. Last minit pun cari, alang-alang ada jumpa yang dekat rumah,  so sap sap soi saje lah deconya..

Pelamin simple dan cepat. Bunga telur DIY oleh pekerja mak. Cantik! 
Makanan – Nasi Minyak, Dalca dan Daging Hitam order orang masakkan,
Minumam- air tebu pun order jugak
Lauk Lain-lain – kawan mak masakkan.

Annur bersiap-siap jam 10 pagi. Bagi cukup susu supaya tak meragam masa majlis. Ibu pon dah siap awal-awal. Pakai jubah Moreena yang selesa.


Persalinan mana yang ada aje. Pon pink n pink. hehe
Majlis kat kampong meriah sebab ramai orang-orang kampong dan sedara mara yang datang.  Majlis bermula jam 11 pagi, bermula dengan tahlil, marhaban dan cukur jambul. Annur Safiyya behave dan tido sepanjang cukur jambul tu, masa marhaban dok eke k jugak la.


Ayah jaga saya kat buaian, ni masa saya tengah ek ek nak susu lagi


 Lepas marhaban majlis cukur jambul, pun Annur Safiyya tidur dengan lena. Tak layan dia orang gunting rambut dia. hehe


Ibu dan Annur Safiyya puteri kesayangan



Semoga Annur Safiyya jadi anak yang solehah sentiasa mengembirakan hati ibuayah
Ibu doakan semua yang terbaik untuk Annur.

Princess nak beradu jap

Lepas majlis selesai, rambut Annur Safiyya dicukur botak dan tali pusat pun dah luruh. Alhamdulillah selesai majlis Aqiqah Annur Safiyya. Tq Ayah, tok, tok wan yang banyak  bertungkus lumus untuk majlis. Tq ayah Annur Safiyya yang sediakan semuanya untuk Annur .

Sekian cerita Majlis Aqiqah, lepas ni kalau ibu rajin boleh ibu share pengalaman berpantang kali ke 2 ini. Sekian. Wasalam

6 comments:

e.t.t.y said...

asek lupa je nk wasap ko put. sudahnye baru tau nama baby girl...hai girl....

Hana Soffelia said...

Kemahen ibu suka pink. Weh gigih before bersalin dh prepare brg utk akikah baby.

Btw, salam perkenalan sis. Tq sudi singgah blog.

HAHAHAA

puteriraifana said...

>hye mak etty. aku lama xupdate blog haa

>memang gigih prepare b4 bersalin. nasib baiklah sempat. dah le bersalin awai. follow me sis @hana soffelia.

Aty_Fared said...

alahai.. comel jer ada buai berendoi bagai..teringin nak buat.. neway..tahniah yer..tarikh lahir sehari sebelum hari lahir anak bujang saya ni.. :)

FiZ aka Miss Pija said...

Tahniah put. Sepasang dah. Mesti seronok kan.

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini