Monday, June 1, 2015

Kisah Kelahiran Annur Safiyya

Assalamualaikum..

Terasa lamanya tak menulis. Rindu pulak dengan blog. Jadi, mari mulakan azam baru dengan menulis entry pertama tahun 2015. Haha

Kenangan dan catatan untuk bacaan anak Ibu nanti…
Entry pertama perihal kelahiran  anakanda kedua kami. Alhamdulillah pada 38w5d, put selamat melahirkan anak kedua kami pada 17 April 2015 (Jumaat) @ 4.10 petang di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Baby nak keluar awal. Due date pada 28 April 2015. Baby nak keluar seminggu lepas birthday Ibu.


 16 April 2015 Khamis (38w 4d)


Beg adik baby dan Ibu
Masih bekerja hari ini. Dapat makan biskut Famous Amos kawan belanja. Staff2 cakap lepas ni boleh bersalin dah  lepas makan biskut sedap. Haha. Baby da kurang gerak. Tapi tak kira pun berapa gerakannya. Selalu duk pusing2, siku kaki semua dok gerak. Balik kerja macam biasa. Malam jumaat baca Yassin dan rehat-rehat aje. Beg baby da siap, beg ibu xsiap pack habis lagi. Ehe. Tapi semua da bersusun dah.






17 April 2015 Jumaat (38w 5d)

8.00 am

Pagi-pagi keluar nak p check up kat Hospital Pakar Annur. No giliran ke 5 . Sampai dah awal, makan dulu sementara tunggu nombor.  Timbang berat dah 59.7 kg.  Jumpa Dr. Khamsiah. Dr scan baby ckp baby dah engage, air ketuban cukup, semua ok. Berat baby 2.94kg. Bagitahu doc baby dah kurang gerak start semalam tapi tak sakit lagi. Lepas tu doc kata nak seluk. Jeng jeng jeng.  Doc check dah 4-5cm. dan yang bestnya dr suruh admit masa tu jugak. Dah le semua barang kat rumah lagi, drive sorang-sorang. Dokumen semua da ada dlm kereta. Siap request kat dr nak balik rumah jap. Lepas tu admit. Bagitau husband dan family cakap dah nk admit hari ni. Husband da tak bagi drive balik rumah. Suruh tunggu je kat hospital, barang-barang nanti dia bawakkan. So, tunggu la nak admit.

11.00 am

Contraction still slow, belum rasa sakit

Selfie sikit muka pucat sementara belum sakit. haha


Makanan lunch before bersalin
Nurse terus bawak pi labor room. Stay la kat situ tunggu husband sampai .Sambil2 tu makan kurma, minum air Yassin, baca Yassin jap. Nurse masukkan ubat berak . Lepas tu membuang lah.. Husband sampai bawak barang-barang. Sementara tunggu bilik single kosong nak letak barang. Masa ni belum rasa sakit even ada contraction sikit-sikit. Husband siap- siap nak pi masjid solat Jumaat. Nurse hantar makanan tengahari.


2.00 pm.

Siap makan dan solat, Dr. Khamsiah datang nak tengok progress.  Takde contraction kuat, doc tanya nak bersalin hari ni ke esok @ nak tunggu sakit datang sendiri. Blur jap,  terus tanya dr, kalau bersalin hari ni boleh normal ke, Dr kata InsyaAllah..  So, decide bersalin hari ni, sebab fikir nanti tunggu lama, energy takde plus bil hospital akan bertambah2 lagi. So, Dr pecahkan air ketuban n masukkan drip untuk cepatkan contraction.. Dr cakap lagi 4 jam bersalin la nie. So estimate jam 6 petang bersalin.


2.30 pm

Da start rasa contraction. Rasa belum bersedia nak rasa sakit bersalin. Huhu. Memang sakit rasa contraction kali ni, berbeza masa dengan  Ariff Ilman sebab masa tu sakit datang sendiri lepas 7cm baru rasa sakit. Bila masuk drip untuk cepatkan contraction ni, kena monitor baby heartbeat sebab risau drop. Sakit datang dan pergi. Doa Nabi Yunus tak lekang dari mulut, itu yang mampu dilakukan bila  sakit datang. Husband tenangkan setiap kali datang contraction, sapukan ubun-ubun dan muka dengan air zam zam, rasa kurang sikit sakitnya.

Doa-doa dan zikir bacaan semasa dalam labor room

3.45 pm

Panggil nurse bila rasa nak berak,  Nurse datang check dah 7-8 cm . Dah tak tahan nak teran rasanya.  Tak sabar nak selesaikan semuanyaa....Katil di transform  dan bersedia tunggu Dr datang…sambil tu nurse suruh teran sikit2 bila rasa nak teran tu datang. Serius dah lupa cara nak teran dan nafas. Mula-mula cara nafas dah salah n ada angkat bontot sikit so luka sikit. 

4.00 pm

Dah fully dilated, tunggu Dr sampai, memang dah tak sabar nak teran sangat. Dr datang terus cakap, cepatlah Dr.Sakit. Dr terkejut sebab ingatkan kul 6 nanti baru nak bersalin.. Dr dah siap2 , n bersedia nak sambut baby. Husband disisi dengan hpnya ambil gambar. Haha. Teran dengan betul,lepas ingat balik cara-caranya… Alhamdulillah, sekali teran keluar baby… sekali lagi untuk uri..

4.10 pm

Baby Girl 3.2 kg
Alhamdulillah, selamat bersalinkan anak perempuan. Allahuakbar… dengar baby nangis, sambil tu husband potong tali pusat dan dr jahit luka 3 jahitan luka.Tak rasa dah masa ni sebab Dr bius, hehe. Alhamdulilah tiada perineum tear cuma luka masa angkat bontot sikit. Dr Tanya nak ubat tido ke, pastinya nak sebab penat sangat rasanya..

5.00 pm

Baru sedar lepas dapat ubat tidur, husband pun baru sampai lepas solat Asar, nurse hantar baby untuk breastfeed, Alhamdulillah.. pandai anak ibu.. sian lapar dari tadi minum susu lagi.

6.00 pm

Lepas dah settle semua kat labor room, masuk ke wad bilik Orchid 2, ambil bilik single standard sama macam masa Ariff Ilman, senang tetamu datang dan ada privacy sikit. Mak dan adik sampai dari KL. Peneman tidur malam ni. Husband dan Abah balik rumah, teman Ariff Ilman..


Hari Sabtu ramai kawan-kawan datang melawat, Terima Kasih semua atas kunjungan. Hari Ahad , baby di sunatkan oleh Dr. Khamsiah dan boleh discharge lepas tengahari. Kos untuk bersalin di Annur kali ni RM3000+-.  Harga dah naik berbanding masa tahun 2012, yelah dah GST bagai pulakkan.

Begitulah kronologi serba sedikit sewaktu melahirkan Puteri kesayangan. Alhamdulillah, dipermudahkan. Pengalaman bersalin kali kedua memang berbeza dengan yang pertama. Betullah orang kata, tiap anak lain-lain caranya.. Kali kedua sakit tak datang sendiri, lepas masuk drip induce contraction baru datang sakit, dan sakitnya lebih sakit dari natural contraction. Kali ni memang nampak lebih pucat lepas bersalin. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah, semua dipermudahkan.. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Suami atas segalanya, sentiasa ada disisi... Terima Kasih Mak Abah, FIL, saudara mara, rakau taulan.

Peringatan dan pesanan untuk diri sendiri, sentiasa bersedia untuk bersalin awal, prepare fizikal dan mental. Beg baju semua letak dalam kereta siap-siap. Berlatih cara pernafasan dan teran.. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.. 

Ok, tamatlah kisah bersalin kali ini, Lepas ni sambung perihal Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Baby pulak.

Wasalam








4 comments:

e.t.t.y said...

oit berat sebelum beranak 59 ajesss??? tu berat aku masa sekolah. eh eh eh. hahahahhaha...tu je nk komen. bai.

puteriraifana said...

haha.naik 14 kilo jugak ha nie. jenuh nk turun

Aty_Fared said...

alahai..macam senang jer..seronok baaca.. harap saya pon dipermudahkan macam ni gak nanti insyaa Allah.. :)

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini