Tuesday, June 2, 2015

Kisah Berpantang Cara Sendiri

Assalamualaikum

Kali ni share kisah berpantang anak kedua.

Seminggu berpantang di rumah mak mertuaku.  Nebes nak berpantang rumah mak mertua. Haha. Risau nak itu ini. Tapi Alhamdulillah semua ok-ok aje. Mak siap ambik orang nak masak dan kemas apa yang patut . Sebab Mak risau mak tak sempat nak masak on time. Seminggu pertama makan ikan haruan saje sedappp jugak makan ikan haruan hari-hari . Kat area tanjung piandang sana senang nak dapat ikan fresh. Hari ke 4 da start berurut, 3 hari berurut, best jugak makcik tu urut n naikkan peranakan semula. Mandi air daun hari-hari. Bertungku macam biasa pagi dan petang. Ariff Ilman ,husband yang uruskan dari bangun tidur hingga nak tidur semula. Nasib baik husband cuti seminggu n sama-sama ada kat rumah MIL, kalau tak segan jugak nak itu ini semua mintak kat Mak.

Lepas Majlis Aqiqah , balik ke Pahang berpantang rumah Mak pulak, rutin yang sama lah jugak masa berpantang . Cuma tambah lagi satu, pagi-pagi minum air kunyit+madu. Phewww  , jenuh nak habiskan seteguk air kunyit melekat je rasa kat tekak. Tapi bagus katanya untuk kesihatan rahim dan dalaman. So, layankan je lah.

baca SINI untuk khasiat kunyit


Berpantang kali ini Put guna full set Nona Roguy  dan loose set tanamera n anugerah.

Nona Roguy put beli jugak set mandian herba dan air garam tu. Best jugak macam guna daun fresh.  Serbuk Lulur tu kejap guna kejap tak. Malas nak menonyoh kat badan. Tapi best sebab rasa cuci cerah je badan. Phytonatal  memang bestlah , elak sembelit.So wajib amik hari-hari. If anak ada kuning delay kan pengambilan ye, tunggu lepas dah clear kuning baru amik ye. Uncang cuci pun habis guna, best guna sebab bau herba kan, bau fresh je. Akar herbanika dia xtry lagi, nanti2lah. Bab minum kurang sikit rajinnye. Lepas ni boleh amik yang betul-betul guna aje. 

Beli online Beauty Blessed Confinement, harga promo RM240


Tanamera beli brown soap n vco. Brown soap senang nak guna mcm guna sabun biasalah. Hilang daki-daki  dan belang-belang hitam kat ketiak n leher tu.   Boleh pakai bila-bila tak perlu masa berpantang aje. VCO memang guna b4 bersalin lagi. Sapu kat perut n rajin-rajin buatla urutan perineum .  Guna kat baby pun boleh bagus untuk kulit dan pertumbuhan rambut.

Brown soap Tanamera, beli online di website Tanamera

VCO Tanamera
Losyen anugerah best guna untuk sapu kat perut n lemak-lemak badan. Put beli yang bau apple, sedap je bau. Sapu sikit je rasa panasnya lama. So ni guna untuk letak kat perut , peha n part-part yang terlebih tu. Haha.Pasti akan sambung guna lagi lepas ni


Losyen Anugerah 

Selain tu amik jugak supplement Shaklee, ni belum betul-betul consume lagi  masa pantang risau bercampur-campur supplement banyak sangat. So, proceed lepas habis ubat NR. 
Put amik supplement ni b4 bersalin dan teruskan sampai sekarang, 

Untuk bengkung, put guna bengkung tanamera zigzag tu untuk 2 weeks dan lepas tu pakai bengkung lilit jawa. Zigzag tu best cuma leceh nak pi toilet sebab sampai tutup punggung kan. Kalau lilit  tu kita boleh lilit perut je, Best tau yang lilit jawa, rasa kemas sangat kat perut. Habis pantang kita sambung bengkung moden sajooo.. Harapan semoga perut cepatlah kempis dan peha mengecil.haha
                       
Bengung Zigzag Tanamera
            
Contoh bengkung lilit yang best
              *boleh beli bengkung tali ni google bengkung lilit mia*
Kemas dan boleh adjust nak tutup perut aje atau sampai ke punggung.

                                                         

Apa-apa pun make sure minum air banyak hari-hari untuk buang toksik dalam badan naturally supaya takde side effect lain.  1 liter air diperlukan untuk 25kg berat kita. So kalau berat 50 kg.sekurang-kurangnya 2 liter air perlu diminum. Lebih banyak lebih bagus.


Put berpantang makan apa yang betul-betul tak boleh makan saje. Macam ayam tu, boleh makan. Cuma elak yang berangin,  yang buat baby kembung ke. Berpantang  kali ni tak aim nak turun berat banyak, just nk slimkan mana yang patut. Kurangkan ukur lilit. Body weight  50kg should be ok dah. Masa mengandung 59.7kg sekarang turun ke 51 kg. Jangan turun lebih-lebih sangat dahla, sebab Put jenis senang turun berat, susah nak naik. So better jangan turunkan berat sangat nanti tak naik.

Semoga rajin exercise lepas ni, join husband jogging la lepas ni .jogging sambil berbabywearing la macam tu. ehe. 

Semoga konsisten , jangan lepas pantang habis semua nak di makan. haha. Kena kuat semangat kalo nak sihat. hehe. Masalahnya jenis nak rasa sikit-sikit last-last jadi banyak .haha. Selamat berpantang kepada semua yang masih berpantang termasuk diri sendiri .Haha.

Lepas ni kalau rajin, adalah lagi entry, sebab dah nak exam lagi 2 weeks. Nota pun tak bersentuh lagi haha... Maybe lepas ni nak share pasal buku dari penulis Hamka Kereta Mayat. Buku yang menarik, penuh intipati dan nasihat disebalik sindiran dan kelakar.

Sekian, Wasalam. Happy weekend!


 *gambar ihsan dari Google. 


8 comments:

tiramisu said...

baru tau pasal air tu, put... maknenye trah kena minum 2 1/2 liter la. huwaaa....

e.t.t.y said...

ko tak pantang pun dah kurus putttttt

FiZ aka Miss Pija said...

Selamat berpantang putri!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Delores Hope said...

Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

Sasha said...

Hi Put, Cha ni hee. Losyen anugerah tu i ada guna amsa pantang gugur hari tu. Yang lain lain ni bolehla i buat rujukan :)

Ayuni Hj Rosli said...

Puttttt. Ayu baru jumpa blog Put. Jom exchange link?
ayuni-stories.blogspot.com

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini