Wednesday, April 2, 2014

Jalan-jalan Bandung



Assalamualaikum.

Mari kita sambung cerita jalan jalann.. duluuu punya cerita.

Percutian ke Bandung 5 bulan lepas. kahhh.. Memang dah basi cerita, dah sampai nak pi Bandung lagi baru nak cerita.haha...

Trip ke Bandung ni bersama-sama kawan-kawan yang nak kahwin (dah kawin pun kawan Put ) dan shopping kain untuk majlis. Kami saja nak ikut jalan-jalan plus tiket murah RM190/pax KL-BDO-KL. so kami bertiga termasuk ilman RM480.00. Kami pi bulan 10 tahun lepas.haaaa tengok tu tahun lepas tu. hahaha. 

Kami berenam ke sana. 4 perempuan 2 lelaki .Lelaki tu husband i lah.. hehe. n pastinya Ariff Ilman. hehe.

Stay kat hotel Kenangan sebab murah. Murah dan selesa juga nasi goreng yang sedap! Supir kami amik DOM Rental. Semua ni dapat info dari MrsLinlin. hehe. Tq Linda. Pergi sana semua dah book, tinggal nak bayar aje lah. hehe.

Jangan tanya harga sebab dah lupa. hahah. bilik tak mahal satu malam dalam 80-100 je yang kami stay tu..Transport pun untuk 5 orang , 3 hari 3 malam tu RM350 macam tu, include airport transfer. 

Sampai pun dah tengah malam, so balik dan tidurrr..

First day ke Kawah Putih, Ilman mengamuk jugak dalam kereta masa ni. Kenapa tatau la. Dia penat sebenarnya, tak cukup tidur kot. sian dia. Nasib kejap je, lepas tu dia da selesa, happy dah dia.


Sangat cantik scenery kat sini, cuma kami kejap aje sebab Ilman kan kecik lagi.



Kami pi berjalan ke Batik Bidadari lepas tu,, dapat beli kain yang harganya lagi muraaaahh dari Pasar Baru. semua jenis kain pasang RM30 lebih kurang. Memang memborong kat situ je la kain pasang, telekung, kain pelikat. Banyak design design kain yang baru tau kat Batik Bidadari ni. Dia satu jalan ke Kawah Putih, Turun dari Kawah Putih terus ajak Supir ke Batik Bidadari ye. Siap boleh bersila pilih-pilih kain.

Hari ke 2 seharian di Pasar Baru, memang bertingkat-tingkat Pasar Baru ni, kami teman rerakan cari lace n kain baju untuk sanding, nikah. Murah-murah dan cun ni lace kat sana. Kami lunch di food court di Pasar baru.
Kat Cosmo beli  kain baju melayu untuk raya. Tingkat jual skirt, kain cotton tak jengah pun. Menjengah kat tempat lace-lace banyak... dan murah sangat . Lepas ni nak borong lace pulak. hehe


Hari tu jugak singgah ke Toko Tiga. Levis tak lah sangat-sangat murah. Lebih kurang harga kat Malaysia kalau tengah sale. hehe.


 Ke bandung jangan lupa beli Pisang Sale Cheese n Brownies bakar @ Kukus. Ada dua tempat boleh pi sama ada Kartika Sari @ Amanda



Hari ke 3 malam tu kami makan malam di Stone Cafe. cantikkkk. kat atas bukit. Makanan pun sedapp.. Tempat cantik, makanan sedap, bayar pun mahal lah sikit.


Cantikkan, tenang aje




Hari ketiga ke Rumah Mode, dan makan di Sangkurian. Last day makan -makan ayam penyet lagi. 



Flight dalam jam 6 lebih, so jam 4 lebih dah gerak ke Airport. Sebelum tu da pack2 barang dalam kerete. Penuhhh. nasib le Bayu dah tukarkan Avanza ke Hyundai Besar..hehe



Bye-Bye Bandung, Jumpa next week. haha.



Gambar banyak tapi dah malas nak transfer dahhh... Siapa nak kirim kain dari  Bandung boleh roger-roger naa... byeee

4 comments:

Umie Aisya said...

Haha mmg throwback sgt niii

FiZ said...

wahh..siap nak pg lagi ni.haihh..bestnye...tingin pisang cheese.kna try buat la cmni.

ciklaili.com said...

seronoknya jalan2 di Bandung :)

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini