Wednesday, January 8, 2014

Gino's Pizza Pasta & Fusion

Hye! Hari ni pulang ke KL tanpa Ariff Ilman. Ilman tinggal dengan nenek kat kampung sampai Jumaat.So, ibu merajinkan diri update blog. hehe.Rindu kat Ilman....


Sampai rumah petang tadi husband terus bawak keluar pi makan Pizza, ingatkan nak makan Pizza Hut rupanya kat sini.. GINO'S PIZZA PASTA & FUSION.

Restaurant ni memang dekat dengan rumah kami di Hulu Langat. area Kg. Sg. Serai. Selama ni lalu tak pernah nak singgah pun. Hari ni husband bawak sebab ada kawan dia dah pergi sini dan review sedap makan kat sini. 

Comel je owner di cakap BM. Biarpun tak lancar tapi boleh pahamlah dia nak cakap apa. hehe


Bersih dan cantik tempatnya. Kami 1st customer kot td.. 


 Chicken Lasagne  


Sedap !!!


Pizza Beef Pepperoni and Mozzarella Cheese


So cheezy n nyummy! Kami makan separuh pun da kenyang tau. Portion taklah besar sgt. This one yang medium size. Tapi agaknya perut memasing kecik. ahahha




Mushroom soup and Garlic Bread sangat creamy n yummy!!



Island counter *kot namanya* Tempat diorang buat air n cashier,


Depan Restaurant



So, ni total untuk makan berdua tadi. Mahal ke murah tatau la. Tapi berpatutan dengan makanan td, gituuu. hehe. Untuk tempat yang cantik, bersih dan makanan yang sedap kan. hehe.


Confirm lepas ni akan ke sini kalau nak makan western food. Boleh try menu-menu lain jugak. Lupa pulak nak snap gambar menu tadi. heee. ok Kalau korang nak try boleh la datang sini atau pi kat cawangan kat Subang


Cawangan :

GINO'S PIZZA PASTA & FUSION
Lot 242, Batu 10 3/4, Kg Sg Serai, 43100 Hulu Langat,Selangor

PASTA AZZURRI
Only @ASIA CAFE Subang Jaya
SS 15/8 (Opposite Inti College) ,Subang Jaya

Business hours : 5pm-12.30am

Hp : 0166868181
Email : ginopizzapasta@yahoo.com

7 comments:

LisaLisut said...

oooo yg kt asia cafe ni keeee.nama je lain rupanya. masa study dlu sll lps asia cafe. to me, biasa2 je la. reasonable price for students hehe..myb yg ulu langat ni sdp la kot kan..yg subang tu xsdp sgt

Cik Puan Tqah said...

put..nape xsinggah rumah? haha.. rumah tqah tepi tu sikit je.. hahaha..

Cik Puan Rara said...

huaaaaaaaaaaa menangis tgk pizza tu! huaaaa~ hahaha

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

~ NANA ~ said...

Wahhh mcm best je..deco pon menarik..kalau duk kl mmg dh blh try ni..hihi

BLuRpL3 said...

http://blurplediary.blogspot.com/

in shaa Allah, nak try jugak bila balik msia nanti.. nampak sedap jer pizza tu.. :)

ieza ashaari said...

jadi lapar plak tgk lasagne tu.. fvrt sgt.. hihi.. blh try r ni..