Friday, March 8, 2013

Jumaat ini

Jumaat sudah tiba lagi.. . Ahamdulillah.

Jumaat dan lambat sampai office sebab lambat bangun kerana Ilman malam tadi takmo tido sangat. dia nak main, sudahnya ibu letak dalam buai. dan ibu pam susu.  lama tak pam susu awal awal pagi. makanya excited sebab kejap je dah penuh botol dan dengan excitednya cerita dekat husband yang tengah mamai mamai itu . lepas bangun tidur baru husband cakap rajin rajin la bangun pagi pam susu. hahaha..

*maafkan kesalahan tatabahasa dan penggunaan penanda wacana juga kata penghubung*

Bermulanya hari ni dengan minum milo yang diletak dalam food flask anak. ahahaha.. maaf anak , ibu rasmikan dulu flask awak .Makanya food flask  jadi water flask. ehh.ahah


Ini flask beli dengan harga RM59. Jangan tanya kenapa tak beli flask bertingkat sebab tak tahu kenapa flask comel ini lebih menarik perhatian selain warnanya yang begitu menggamit hati ibu walaupun anaknya seorang yang bernama lelaki." dah kenapa ibu tak ambil warna biru. ini ibu beli untuk Ilman ke untuk ibu"- bisik Ilman kepada ayahnya. takpe nak.. Anak taknak, ibu pakai ye. nanti ibu beli flask baru yang lebih  sesuai dan bertingkat itu ye.

Jumaat ini berjubah hitam berbeg pink, harus ku pilih jubah sebab tak perlu iron lambat kannn... hehe.. Oh ye, sekarang malam malam pakai masker rumpai laut. tak makan sebab tak minat. ahaha.  berkesan rasanya baru 3 ari pakai dah rasa kulit muka lebih sihat, lembap dan tidak kering lagi, selain kelihatan lebih muda biarpun memang muda lagi. eheeemmmm... ni rajin pun sebab beli masa pi Sabah hari tu. kalau habis idok je nak pakai. pakai masker pun sekali je sebelum tidur. siapa yang nak try, boleh lah try .Pakai je terus rasa kulit muka tegang dan mulus.  ahhahah... nak beli sila PM. ehh..pm orang lain. i tak juallah. beli kat orang lain. hehe..

malam tadi malam jumaat. hujan lebat di Hulu Langat, husband tadah air hujan malam Jumaat. si isteri yang blur ni tak paham , kenapa nak kena tadah air hujan malam jumaat. Jawapannya, sila google. haha

“Percaya atau tidak, sebahagian orang zaman dahulu mempercayai bahwa titisan air hujan dari langit yang turun pada hari Jum’at bisa langsung diminum dan memiliki banyak khasiat, seperti untuk “penerang hati” dan penolak bala.

Cara menampung air hujan ini :
- di letakkan di tempat terbuka
- tidak boleh ada perantara apapun bagi turunnya air hujan 

Kemudian air hujan tersebut di pindahkan ke gelas kaca berwarna putih, dan bacalah basmallah dan doa penerang hati (tergantung keinginan) kemudian tiuplah sebelum meminumnya dengan niat lillahitaala (bukan untuk kemusyrikan).
*catatan : perlu diingat untuk meminum dengan porsi yang tidak berlebihan (100ml cukup)”


*saya google ye, jangan tanya lebih sebab tak tahu.haha*

ok. tu lah yang disharekan pada hari Jumaat.hehe..Selamat hujung minggu.

SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA ISTERI, IBU DAN WANITA WANITA DILUAR SANA.



11 comments:

Wawa Yusoff said...

sempat pakai masker tu..!! acik ni ha nak cuci muke pun kadang tak dan. pasal selalu nye susu kan elman mesti terlelap terus :D

cikpuanputeri said...

wawa~sempat lagi untuk 3 hari ni. kejap je pun haha. kalau nak kena bancuh2 memang tak lah hai..hehe...

Umie Aisya said...

flask itu mmg comel ok!nk beli gak la nnt wpon Safiyya x perlukan benda tu.haha.
rumpai laut buat sendiri ke?review bergambar plsss :p

ctmah said...

haha!i sama ngan wawa.xsempat nak cuci muka coz nyusukan alisha dalam keadaan baring n confirmla lena terus.hihi

cikpuanputeri said...

@umie ~memang comel kan. last last ibu yang guna. ahahah.. yup rumpai laut buat sendiri tu.. nanti buat entry khas gitu..hehe

@ctman~ hehe.. ada time memang tertidur juga dear. ni sebab baru 3 hari pakai.hikhik

Asz Miza said...

Hari2 i sempat cuci muka sekali tu pn masa nk g kje..haha..sama je kes macam ctmah ngan wawa..slalu terbabas tdo skali..weekend ni nk pakai mask laa..

Shakina Farhan said...

oh..baru tau pasal air hujan ari jumaat..mcm best je buat masker..agak2 bleh hilang xjeragat ni..huhu..

cha said...

serius 1st time tau psl air hujan tu u. good info. i pencuci muka pn xde. hr tu ada pastu habis i malas beli i pinjam pencuci muka husband i haha teruk perangai

cikpuanputeri said...

miza~ hehe. pakai pakai. rasa tegang muka. muda gituuu..hehe

kina~ hehe. best kina kalau buat masker. try lah. sekali pakai terus rasa berkesan. ahah..

cha~ i pun baru tau pasal air hujan tu. hehe

BAIZURA NATASHA said...

Rumpai laut ne yg purple masak cam agar2 tu eh? Ke u pakai rumpai laut laen?

cikpuanputeri said...

gred AAA wana purple. sesuai untuk buat minum. n yang i pakai gred AA warna kuning. buat masker ok kalau nak pakai yg ni..yg purple pun boleh jgk