Tuesday, March 5, 2013

5 bulan

Tq ayah Ilman bagi hadiah seat comel ni kat Ilman. Sayannggg ayah.



5 bulan dah anak ibu. Alhamdulillah. Progress sehingga 5 bulan ni, Ariff Ilman dah naik flight! ehe.. Ilman pi Sandakan, melawat Ayah long, Mak Long Abang Zeqry dan Adik Dhia di Lahad Datu. Kami pergi Sandakan pada 23/2 dan pulang pada 28/2. Sehari sebelum pencerobohan yang menyebabkan polis kita ditembak..AlFatihah. Semoga semuanya berakhir dengan baik. Tempat abang jauh sikit dari kawasan pencerobohan. Tapi still masih dalam kawasan Lahad Datu.. Semoga semuanya baik baik belaka. Mari kita sama sama berdoa buat kaum keluarga, sahabat handai dan semua disana...

Ilman behave aje atas flight. Banyak tidur je pun. hehe. Masa pergi je macam bosan sikit, then Maksu dukung jalan-jalan dalam flight. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam.

Nie muka excited  naik flight. First time kannn.haha..


Hari ni pi checkup Ilman, berat dah naik sikit, 7.5kg panjang 67 cm. Cucuk 5 bulan tadi kejap je menangis. Good boy!  Ibu baru test je bagi makan epal n pisang. .hehe.. sehari sekali tu pun sikit je. Nanti bila dah masuk 6m baru bagi makan betul betul. So far ok je la dia makan biarpun ada masa dia buat muka tak nak jugak, jadi ibulah yang habiskan.hehe. sedap pulak makan puree buah.hihi. Ibu dah  prepare dah barang untuk solid food Ilman. hehe.  Memang excited awal-awal ni, harap kekallah momentum excited ni kan..


Ilman memang mat sengih, senyum je la memanjang nye pon.hehe.. dah meniarap telentang, pusing pusing, mengensot ke depan. laju jee kakinya menolak. macam nak berenang pun ada gayanye dah.hehe.. kadang2 duk angkat bontot n tangan goyang2 then meniarap balik. gaya macam nak merangkak. tapi tak bergerak pun. Kalau dibaringkan  sibuklah nak angkat kepala macam nak duduk tu.tapi tak lepas, terus termeniarap.


Thanks to ayah lagi, belikan swimming suit utk Ilman.. ayahh bila nak bawak Ilman pi swimming pool.. ?? gitu rambut serabai nak tidur  nie..hehe. Ayah sibuklah nak test kat Ilman.ehehe


Tengok tengok  saya dah  nak merangkak ni, tapi seminit je lah..hehe lepas tuuu jatuh..hehe. Lagi lagi Ariff Ilman bila sebut sayanggg ibu, dia kan dekatkan mulut kat pipi ala2 cium tu pakej sekali dengan air liur..hehe. Dah pandai mintak orang dukung, siap bagi tangan nak suruh angkat. Kalau mandi memang nombor satu lahh. laju je sengih bila nak mandi. bila nak pakai diaper. mulalah bersilat dengan ibu, baring jee nak meniarap. alahai la anak ibu.. Lagi apa ye..haa.. dah kenal sangat nama dia, bila orang panggil laju je menoleh nye.

ok, tu je lah dulu untuk update sehingga 5 bulan ni. nanti rajin rajin update lagi. bye..




9 comments:

cha said...

haish nasib baik u sempat balik. semoga semua yg ada kat lahad datu selamat la kan :/

haha mmg betul la anak u ni mat sengih. sengih je memanjang. cair auntie tgk tau haha

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

manis nya senyum Ilman..

Cik Hazz said...

hehe.. suka tgk gmbar ilman, sng tersenyum je dia. cpt besar dia yer.. ;)

LisaLisut said...

haah ilman ni sengih je manjang hahaha. happy 5 mo :)

dhiyalova said...

comel je ilman..dah besar ni dah nampak da mixture muka ayah n ibu die..hehehe
Semoga Ilman membesa mnjadi ank soleh kpd ayah n ibu =)

Asz Miza said...

Memang mat sengih Ilman ni kan..comel je bila sengih..hihi..betul bab nak prepare utk solid food kemain lagi semangat kan..sebab i pn cmtu..kakaka..harap tak hilang la semangat tu nanti. :) Happy 5 months Ilman

ctmah said...

happy 5 months ilman.kejap je kan..sedar2 ilman dah boleh mamam.lepas ni mommy kena rajin2 la buat solid food tuk ilman =)

cikpuanputeri said...

@cha- hehe, ibu hari hari cair nie..hehe

@mrs yana~ thanks auntie!-ilman..hee

@cik hazz~ bila pandang je dia memang selalunya senyum.hehe.

@lisa~ tq mama hannah

cikpuanputeri said...

@dhiya-yey! dah ada rupa ibu sikit2 ye..hehe

@miza-kannn... mana yang termampu je lah nie.. yang penting sihat anak hendaknye..hee

@ctmah~ cepat jekan.. nanti rindu dah masa kecik2 ni