Thursday, February 7, 2013

4 bulan




Ariff Ilman dan masuk 4 bulan. Alhamdulillah, cepat je masa berlalu. Masa check up 4m baru ni beratnya 6.4kg, panjang 64cm. normal ok lah. As long as anak ibu sihat, nak main, nak minum, gelak dah cukup membahagiakan ibu..hehe...

Share perkembangan baby 4 bulan di baby center

Makan kurang kerap

Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan. 

Tak sure pulak pasal ni, cuma semalam bagi 7 botol susu 3.5oz, Ilman habiskan 5 botol je, (7am-6pm). selalunya before ni 6 ke 7 botol jugak habisnya. Mungkin dah banyak main jugak. Bila malam nak tidur dah lapar mulala meragam pulak mengantuk dan nak susu.. Ilman kalau tengah lapar sgt, susu lambat keluar mulalah duk lepas tarik lepas tarik...hehe.. ada masa siap gigit ngn gusi terus.

Bakat baru pusing meniarap dan menelentang

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. 

meniarap start 3bulan + dah tunjukkan bakat, sekarang dah pandai pusing, telentang  bagai dah. Dan perasan jugak, suka dah angkat kepala mcm nak duduk ke apa tatau lah, lengan pun dah pandai nak ampu, bersedia nak merangkak pulak la lepas nie

Masa ini untuk makanan pepejal?

Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan. 

Ibu baru je duk baca-baca blog solid food nie, print resepi bagai. Keperluan makan belum beli pun lagi. Bila dah cukup barang, dah bersedia bolehlah bagi makan . Excited jugak sebenarnya nak bagi makan..hehe

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut

Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan. 

ni memanglah, asal pegang je semua nak masuk mulut termasuknya lima2 jari, dua belah tangan. Kalau nenek nampak mestilah dikatanya budak ni lapar..hehe.. air liur meleleh orang kata sebab masa mengandung ibu tak dapat makan apa yang mengidam.hee. rasanya dah makan semua yang nak dah..hehe... gigi takde keluar lagi, gatal gusi tu adalah. bagi teether tamau pun..Nak hisap jari jugak..hehe

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. 

Kini mampu bermain sendiri

Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala. 

memang ralit dok main tangan. tataulah apa yang dipikirkannya pasal tangan kan..hehe.. sekrang dok excited main kaki pulak, tapi belum nampak kaki masuk mulut lagi..hehe. 

Mula memahami peranan bahasa

Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu. 

memamg kalau mengadu dengarlah bahaya aaa uuuu  ne ne ne apa pun tak tahu lah.hehe.. belum dengar lagi nak sebut ayah ke ibu ke , yang dengar ne ne nekk.. hehe. panggil nenek la kot.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai

Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik. 

Lebih memilih orang

Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh. 


Ilman sekarang dah boleh kenal dah siapa, yang selalu jumpa, tak pernah jumpa. Kalau  baru jumpa, awal-awal tu tak senyum gelak ketawa lagi, lepas tulah baru dok sibuk senyum ketawa bila  main dengan dia. Dukung lagi lah sukanya..hehe

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. 

Link sini :

ragam Ariff Ilman

4 comments:

Asz Miza said...

pandainya dia berposing..i pun dah start buat preps untuk solid food..hihihi..anak baru 4 bulan setengah da sibuk..kekeke..

cikpuanputeri said...

asz miza~ tulah.baby kita beza seminggu lebih je kan..hehe.. dah sibuk dah pk nak masak apa untuk baby kan..hehe. mak mak biasalah..hihi

Veelara Shamsyul said...

Hihi..comel ilman....

Anonymous said...

Hi there, I would like to subscribe for this weblog to get latest updates, therefore
where can i do it please help.

Feel free to visit my site: cash advance savings account