Friday, January 4, 2013

Selama 3 bulan ini

Yey Jumaat.

First time nak share pasal breastfeeding journey.. Alhamdulillah, sehingga kini masih diberikan rezeki buat Ariff Ilman....

Put start buat stock 2 minggu after bersalin. Memang rajin sangat mengepam masa tu dan excited tengok susu banyak dalam peti. Normallah kan ..hee.. Masa tu pun mak dah tanya kenapa simpan awal-awal sangat nie, sian nanti baby minum susu beku nie...*cerita kat mak sedikit2 dari hari ke hari untuk paham pasal susu ibu*

Setiap minggu husband balik kampung ambil stock susu bawak balik kl, masa berpantang dapat kumpul stock susu hampir 50 botol 5 oz dan 30 storage 120z dan 70z.. Alhamdulillah berkat kerajinan masa berpantang dan juga rezeki lah kan..

dah balik KL, momentum mengepam dah lari dan tak dapat nak kumpul stock sebanyak masa pantang. Bila dah keluar guna stock sebab tak pandai nak NIP pun lagi..ehe.. nak pi nursing room pun tak kot lagi awal-awal masa tu... so, stock makin berkurang.

Masuk kerja, Alhamdulillah..sebab ada stock yang dibuat masa pantang tu, dapat hantar kat bs 7 botol  3oz-3.5 oz. bila Ilman masuk 3 months ni , baru naikkan ke 3.5-4oz...  sehari memerlukan 21-24 oz .wooohuuuuu.. banyakkan .. gigih gigih gigih.. Bila outstation, tinggal Ilman, malam perlukan lagi 4 botol lagi..Sekarang stock yang tinggal adalah dalam 250oz.. cukup untuk 2 minggu lebih kurang..

Hasil susu tidaklah meriah , moga cukuplah untuk Ariff Ilman....masih belum ambil apa-apa supplement dan juga tatau lah apa milk booster diri sendiri. macam nak try Shaklee. tapi tak try try lagi... Mungkin akan cuba kaedah kaedah biasa dulu.. Power Pumping, minum susu, makan madu, makan kurma... Semoga ada rezeki untuk anak ibu sampai 6 bulan dan seterusnyaaa....amin.... masih belajar dan terus belajar dalam ilmu BF nie..

Owh yee. sekarang dah pandai dah NIP,Yey! tapi still kena pakai nursing coverlah! hehe.. Tapi lagi suka pergi nursing room sebab ada sofa best! ehee..

Ni baby room di Sunway Piramid.

Ilman 3 Bulan, dah boleh mengiring dan meniarap. Kaki dah kuat, tangan dia yang kadang-kadang tersepit kat badan dia tak pandai nak alihkan..hee.. 

Tengok tu, happy je belajar Alif Ba Ta..hehe
3 months
5.8kg/60cm

Ni baca ABC pulak... khusyuk tengok gambar sebenarnya..


Tak sabar nak bagi Ilman solid food! ehe.. kena tunggu bila dia dah bersedialah kan.. teruja tengok ibu ibu rajin masak macam macam untuk anak-anak. Sekarang kumpul resepi dulu..hehe..Bulan April nanti dah boleh dah bagi anak Ibu makan..hehe


Ibu ajar Ilman gambar depan cermin dahhh...hehe.. ggod boy! ahahaa

4 comments:

Asz Miza said...

Put..anak i sampai skg minum 3 oz pn tak sampai..i ni haa yg risau lebey..hihi..selamat berpower pumping sume..i ada mnum ESP shaklee tp minum sbb bukan pikir milk booster tp mcm supplemen kot tp few days x mnum shaklee nampak cm susu drop sikit..terus mnum ESP balik n nampak la perbezaan...ke sume ni just mind set i je? heeee..

cikpuanputeri said...

Miza~ ada time dia minum sikit jgk.hee.. mcm nak try esp tu lah.. hee. dari dulu nak try2 tak try2 lagi pun..hee. cuba selagi upaya..ehee.tq miza!

yUmiE AzuRa said...

gd luck put:)
insyaallah rezeki arif akn sentiasa ada..hihi

Anonymous said...

I go along really, I do think! Might this specific
become possible to give you your site converted straight to German?
Language is usually this second expressions.
Stop by my weblog ; Background check