Friday, December 14, 2012

Rutin harian



Baru dua minggu kerja. So, rutin baru nak sesuaikan diri dengan masa kerja sekarang, Nak membebel hari Jumaat sebab pagi tadi lewat bangun, emo jap haha.. jadi kelam kabut.Kejap je dapat df Ilman sebelum hantar BS pagi td.huuu

Pagi, selalunya dalam jam 3-5 pagi lepas Ariff Ilman menyusu akan ada satu sesi pump. Sambung tidur dan bangun jam 6 untuk mandi solat siap-siap, siapkan botol susu masuk cooler bag. Pagi tiada sesi sarapan bersama lagi selama 2 minggu nie sebab tak sempat. haha . Husband pulak masa ni akan sidai baju , tukar pampers Ilman sebelum hantar ke BS. Df Illman before hantar pi BS. Jam 7 -7.15 pagi hantar Ilman ke BS yang selang beberapa buah rumah, so memang tak letak dia dalam carseat, letak dalam nursing pillow tu..hehe.. Husband dah gerak p kerja dulu. Borak-borak dengan BS pesan apa yang patut , terus gerak pi office..

Perjalanan ke office lalu bukit ampang, pekan ampang naik AKLEH, dalam 7.45pg-8.00pg sampai office. Kalau sempat pi sarapan kat Anjung Felda, kalau tak tapau makan kat office. Then sambil makan makan buatlah kerja ke.. tiba-tiba dah kul 9.30pg, terus pi pump dekat surau sejengkal dengan office. kalau lambat kul 11 lebih baru pump pun.Ambil masa 10-15 minit gitu.. Bila ada masa lebih lagi, jam 12.00-12.30 tghari satu sesi pam lagi.

Lunch luar sebab belum sempat nak masak bawak bekal *niat ada dah*haha.Kena bangun lagi awal untuk masak. Jam 1 pi makan, balik-balik  kalau before tu xde sesi pam jam 12. pump masa lunch hour nie.. last pump jam 4.30 gitu.. try buat 3 sesi, tapi kalau da xsempat sgt dua sesi pun dah memadai..

Balik jam 5.15.. merempuh kesesakan semua, jam 6.00 ke 6.15 sampai rumah terus ambil Ilman dulu. Sampai rumah, bagi Ilman main dengan ayah, menyusu jap dia.. Ibunya pulak keluarkan segala botol-botol untuk direndam, masak nasi (kalau bungkus tiada sesi memasak), simpan susu, keluarkan baju kotor Ilman, masukkan  baju, pampers Ilman dalam beg untuk dihantar ke BS esoknya. Masa ni jugak minum petang sikit, husband beli kuih2 ke tak pon minum milo dengan biskut hupseng.hehe..

Masa ni, Ilman dah ngantuk2. dia akan tertidur dan masa ni lah ibu ayah akan mandi solat, masak sikit2 dan makan...Sambil sterilize botol2, kemas dapur,keluarkan susu untuk esok,  husband dah start basuh baju dan sidai baju. Banyak round basuh baju sebab baju IbuAyah, Ilman dan seluar-seluar. Malam-malam dah siap masuk baju dalam mesin dan set delay end untuk siap basuh 6 pagi. so bangun-bangun baju dah basuh tinggal nak sidai.Ilman akan bangun masa ni untuk main main, tukar pampers , menyusu lepas tu tidurkan dia atas katil pulak..sebelum ke cot.

Ada sesi pump sekali before tidur, then tidur, Ilman bangun nak menyusu 3-4 pagi tu... dan begitulah rutin untuk 2 minggu ni.. Bila weekend lain lah, sebab selalu jalan jalan keluar.hehehe.

Masih terkawal lagi buat masa ni, thanks to husband yang banyak tolong uruskan Ilman dan rumah. Lagi-lagi bila saya outstation...balik balik dah kemas dah rumah.. tq tq, silalah tolong tolong selalu..love u! hihik. Ilman pun tak banyak karenah dan behave. baik-baik je dia. Good boy anak ibu.

Begitulah berakhirnya sesi bebelan hari ini. lain kali jangan bangun lambat lagi ye!






4 comments:

Mimie said...

rutin harian seorang isteri memg mcm nih

LisaLisut said...

i rs hari2 pn i lmbt smpai ofis. lol.
if bgn subuh tu dh solat pn tdo balik. slg x 730 xmandi. keluar la awl cmne pn ttp smpai ofis 930 dkt nk kul 10 kalau dh nama LDP. unless i keluar ofis kul 630pg kot?(oh tidak ngntukkk haha)

kdg2 letih dan bosan dgn rutin cmni.sll nye pagi jela rs cmtu.kalau dh ptg tu melonjak2 hati nk balik keje je.haha

cikpuanputeri said...

mimie~ kan.. hee.. biasalah bila dah ada anak suami.

lisa~ hehe.. flexible time nak masuk kerja takpe. i pun xpe cuma kalau lewat tu cam ralat sikit la. sebab balik mesti nak balik awal je kejenye..hihi.. kan.. petang dah hilang penat nak jumpa anak lagi2 jumaat! ehe

Alia said...

SAMALAH NGAN SAYA...X SABAR NAK TUNGGU ANAK BOLEH DUDUK KAN,,,