Friday, December 28, 2012

Kisah Ariff Ilman dengan stroller orennya

Tajuk ala-ala kisah Sang Kura-Kura dengan Sang Arnab. haaa.

Stroller masa tengah pregnant dah sibuk sibuk survey. Dan masa tu duk berkenan Quinny Zapp Extra, warna merah dan 3 roda.. stylo gituuu. Siap test drive dah Quinny Zapp tapi tak berkenan sebab nak kena angkat berangkat seat tu. So, dilupakan niat hati tersebut. Husband pulak kata bila Along dan keluar baru kita beli. Jadi masa tu beli Boba Carrier.*ini pun belum review*.

Pencarian stroller bermula bila dah ada sedikit duit lebih dan anak pun dah besar , tambah-tambah lagi bila ibu dia yang suka berjalan ke sana ke mari, stroller adalah sangat perlu.

Berkenan dengan combi bila tengok ramai pakai. Survey2 tengok Combi Well Comfort warna Oren. ringan tu yang penting,  wehuuuu...  Lagi lagi lepas Kina review stroller Chinta , bertambah tambahlahh berkenan dengan stroller ni.Thanks Kina!

So, kami pun survey-survey online, dapat link Axeana.com dari Lisa yang juga beli Combi  Spazzio kot..TQ Lisa!!!. Terus pi Axeana Baby Store, Bandar Mahkota Cheras dekat aje dengan rumah.  Masa ni datang nak test drive dulu.  Masa ni dapat harga RM 930.00. Then pi Baby Fair yang ada kat MidValley, masa ni Combi ada buat sale jugak, RM 159.90 untuk Well Comfort 2012.*ralat, BUKAN 159.90.haha.. murah gila kot kan.. RM 959.90.Haha.. tq Kina yang perasan harga nie*  Sudahnya, beli kat Axeana Baby Store lah.....Combi Well Comfort ada 3 warna untuk tahun 2012 ni, Peaceful Purple, Blissful Orange, Magical Black.. gituuu nama warna...haha.. tahun 2013 mungkin ada warna lebih menarik...

Axeana.com tengah ada YEAR END SALE, so korang boleh lah jenguk-jenguk kat link Axeana kat atas tuu. Banyak stroller murah dan cantik!

Yang bestnya Well Comfort ni adalah : 

  • Ultra lightweight (4.6kg).Ilman lagi berat dari Stroller nya..hee.
  • Reversible handle . Boleh forward facing @ face to face . tak perlu nak angkat angkat seat ke apa. 
  • Top window. Kalau baby tidur ke , tengah panas ke kita tutup canopy, boleh tengok baby dekat window!.hee
  • 170 degree full reclining seat, senang nak adjust seat, baby nak tidur pun selesa.
  • One touch folding and opening , ni yang paling best sebab senang benor nak tutup bukak.
  • Compact design  
Korang baca review Kina, lagi detail ..hehe.


Kita layan gambar Ilman dengan stroller orennya


Ayah  tengah briefing Ilman macam mana nak pakai stroller ni, seatbelt perlu pakai ye nakk....


First time pakai stroller pergi kenduri.. Yey.. senang Ibu Ayah nak makan, Ilman duduk main senyap-senyap




Maksu pemandu stroller Ilman, Ilman tidur ke tuu?


Tak ponn, dia duk layan je main dalam stroller

Jalan-jalan midV pula, excited tengok orang ramai


Ni di KLCC pulak, Ibu Ayah nak bawak Ilman p Aquaria, tapi Ilman dah ngantuk.. jadi kita postpone!



Dah mintak didukung pulak, masa ni, Ibu ber Boba carry Ilman.


Baru 2 minggu beli stroller Ilman ni, Ilman dan strollernya dah pergi jalan-jalan MidValley, KLCC, Alamanda..hehe..ni nak balik kampung pulak...ehe

ILMAN MASUK 3BULAN HARI NIE .YEY! ALHAMDULILLAH

Ok dah, next adalah masa untuk cari kelengkapan Ilman untuk swimming, Ibu Ayah nak bawa Ilman jalan -jalan nanti! Yey! Ibu yang tak sabar...

Selamat bercuti dan Happy 2013!!!

8 comments:

LisaLisut said...

amboiiii stroller diaaaa. oranje uols! striking.sesuai la ilman baby boy. hehe. geram pulak i tgk. mai pinjam hahaha

cikpuanputeri said...

Lisa~ kann. dari jauh dah nampak orennya...hehe.. mehh tukaq ngan spazzio hannah lahh! ehe

Shakina Farhan said...

senang gile nak bukak tutup & angkat sebab ringan sgt..sale RM159.90 ke put? murah gile..

cikpuanputeri said...

hahaha.. kann kenapalaa tertaip 159.agaga... 959 sebenarnyaa,, ringan tu yang syiokk...

Zimie said...

ringannya stroller ni put! tsk tergugat iman. masih mencari2 stroller idaman ni...

cha said...

amboi oren tau. oh nasib u tak beli kt babyfair tu kan mahal sikitla. haha rm159 murah giler kalau i yg xde anak ni baca pn nak pg beli sbb dh kata jatuh ratus kot harga nasib kina perasan :p

BAIZURA NATASHA said...

Putt..i tgh survey stroller ne jgak. Wah, best follow ur blog. Bnyk info. Lapik duduk tu ok x? Perlu tmbh extra pad ke ape ke? I ske kaler orange.dr jauh dh nmpk. Hehe

cikpuanputeri said...

xperlu dear tambah pad da selesa baby baring dlm tu, cuma awal2 dulu masa newborn lapikkan alas selimut kat kepala sebab masih lembut kan tengkuk masa tu. best sebab senang nak bukak tutup n ringan.hehe