Monday, November 12, 2012

30 days!


*entry yang sepatutnya dipublish pada 29 Oct hari tu.hahaha*


yeyyy!!

Alhamdulillah Ariff Ilman dah sebulan dan ibunya dah berpantang 30 hari. wehuuu!! 14 hari lagi.
Sekejap je tup tup dah sebulan dah. lagi sebulan je nak cuti nie.huu

Ariff Ilman dah 4.3kg sekarang. bam bam anak ibu.

Apa yang berlaku sepanjang 30 hari.

1st week (29/9-5/10)

Lepas keluar Annur terus balik Pahang berpantang kat rumah mak.Hari ke 3 dah start berurut. 3hari berturut2. Mandi air daun daun yang tak tahu nama tu selama seminggu.hee dan dah start bertungku.Mintak makcik urut untuk banyakkan susu juga, Masa dua hari pertama keluar colostrum , hari ke 3 dah start keluar susu betul n mak cik urut tak urut sgt sebab katanya susu dah banyak. Alhamdulillah. Nurse datang check Ariff Ilman katanya ada kuning sikit. So sempat le pi klinik 2 kali ambil darah, dan bacaan kuning turun lepas tu nurse kata dah tak payah datang sebab dah ok.  Sempatlah bagi Ariff Ilman mandi air daun belimbing buluh n dukung anak nak bagi kurang kuningnya... Masa minggu first memang kejut Ariff Ilman bangun menyusu setiap sejam gitu. Ayahnya risau bila tengok anaknya tidur aje..hee Hari ke 6 pi daftar nama dan tali pusat Ariff Ilman dah jatuh hari ke 6! yey! . Hari ke 7 buat majlis Aqiqah dan cukur jambul. Minggu pertama ni husband cuti so,  malam-malam husband jaga baby.hee. bagi masa menyusu je. Lagipun baby takdelah menangis sgt awal2 ni. bagi susu tidur..hee..

2nd week (6/10-12/10)

Husband dah balik KL.Huu.. So Mak pulak teman tolong jaga Ariff malam malam.hee.. Minggu ke 2 ni jugak dah start pump susu n buat stock. Try juga bagi Ariff Ilman minum guna TT, Alhamdulillah dia terima puting TT. Rutin harian macam biasa je. pagi petang bertungku, makan 6 kali sehari. Makanan pantang sedap ok! hee.  Memang selera je setiap kali nak makan tu.haha. Petang minum milo @ horlicks , makan pulak dengan biskut Hup Seng . Memang sedap! ehe... Ubat-ubat just makan ubat doc bagi. Jahitan dah baik masa ni, xde bengkak n nak membuang pun senang je sebab doc bagi ubat lawas jugak... tidak mesti cuak je nak buang.ahaaa.. Start guna mandian herba tanamera juga. n pakai bengkung sapu herbal blend Tanamera. Bengkung pakai yang moden tuu.. tak kuasa nk pakai yang tali-tali tanamera. sekali je pakai dah surrender,haha...

minggu-mingu seterusnya rutin macam biasa jelah *malas nak taip camnie lah* hahah

Ni lepas cucuk sebulan. Lepas cucuk jerit jap, bagi susu terus tidur anak ibu..Good boy!


*entry seterusnya pasal habis pantang dah!hee*

3 comments:

Zimie said...

oloh2 tidur pun comel ye baby ilman hehe

Fai CeritaCinta said...

rasa bahagia sgt2 kan bila dah ada baby ni.. (>___<)

cikpuanputeri said...

zimie~ baby mmg comel2.hee

fai~ hee. kan.. bahagia sgt