Friday, October 19, 2012

Kisah Majlis Akikah Ariff Ilman


Salam Jumaat.

Hari ke 21 Ariff Ilman dan ibu berpantang... (3 minggu dah, yey)..lagi 3 minggu weiiii..haha

Hari ini nak share pasal Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Ariff Ilman pada 5 October yang lepas pada hari ke- 7 Ariff Ilman dilahirkan. Ayahnya berniat nak buat majlis pada hari ke 7, siap before bersalin mintak-mintak bersalin hari Ahad @ Isnin sebab nak buat majlis hari Sabtu @ Ahad. hee.. Perancangan Allah yang terbaik, Ariff Ilman dilahirkan pada hari Sabtu dan majlis dibuat pada hari Jumaat. (^_^)..

Majlis kecil-kecilan sahaja, jemputan 150 gitu. Dua ekor kambing ditempah awal . Duit pun kena simpan awal-awallah sebab lepas bersalinkan banyak juga nak guna duit. Makanan untuk majlis dimasak secara gorong royong.. Makanan lauk kampung..hee. Majlis dibuat lepas Asar sebab hari Jumaat kan orang kerja. So majlis dibuat lepas orang balik kerjalah.

Majlis dimulakan dengan doa selamat diikuti dengan marhaban dan cukur jambul.

Ariff Ilman sepanjang majlis dia lena je, baik sungguh. Buatlah apa pun nak cium ke, gunting rambut ke...hee.. tak dilayannye pun..hee

Ibunya DIY rocker berendoi. eh? hahaha. Tak sempat nak tempah buaian berendoi. Sorry ye anak ibu. Hee, Nanti kita celeb birthday meriah sikit.ehee.


Kumpulan Marhaban 

Tengok tu Ariff Ilman tidur aje pun..heee

Auntie2 n Uncle datang majlis Aqiqah Ariff Ilman. Dah habis majlis pun tidur lagi ni..

Kat sini nak menunjuk sikit .hee.. Put DIY doorgift sendiri! hee.. Doorgift dibuat seminggu before bersalin. Masa tengah tunggu nak bersalin..

DIY Yassin . Mula-mula nak tempah dah tanya dah zimie .hee.. Tapi fikir-fikir kang tiba2 bersalin awal, tak sempat Zimie nak siapkan sebab nak cepatkan.. Terus decide nak buat sendiri. Beli Yasin RM0.80 kat mymydin dekat dgn rumah. If kat Mydin dapat harga RM0.60..Beli 100.  Sticker tq tag pulak google design dan copy..hee. Then print atas kertas sticker putih aje dan potong , tampal depan buku.hee Yassin dibalut dengan pembalut buku, beli doily paper,print tulisan Yassin dan tampal atas doily.  


Cantik tak? *lupa dah blog siapa yang ada DIY Yassin macam ni, tapi dia buat lagi cantiklah! hee. Thanks bagi idea! hee..

Dan juga, bunga agar-agar kering ini. Haruslah bukan saya yang DIY, nie disponsor oleh my MIL, Mak memang ada bisnes agar -agar kering. Gubahan hantaran, doorgift semua ada berunsurkan agar-agar kering. Sticker tu Put tempah kat kedai dekat dengan rumah. Comelkan sticker tu 100pcs RM16.. Terus je tampal kat bunga tu..



 Then masukkan dalam beg organza yang dibeli di kedai dekat dgn rumah juga.. Semua pun beli di kedai dekat ngn rumah. Jimat duit minyak dan masa.hee Beg organza 100pcs RM30.

Lastly, rupa anak ibu dah botak! ehee...Ayahnya cukur memang berhati -hati dan kemas gitu..Ibu tak berani. hee


Day 21- Ariff Ilman dah 4kg! semangat anak ibu nie..

8 comments:

Cik Puan Tqah said...

sweet n simple je.. yeay..selamat berpantang put

Veelara said...

sweet..sempat gak u prepare ek walaupun dlm ms yg singkat

Zimie said...

next time boleh order k hihi.tp nice jugak yassin tu.yang bagi idea tu b2b jugak rasanya.blog conteng2 kahwin kot.hee tak sure sama ke tak

ctmah said...

wah kagumnya..dah fikir awal2 b4 ariff ilman keluar

CikNaa said...

hehe. syokkan anak kite jd tumpuan. razin cukur jambul smpai 2x =)

Hazz Nieza said...

creative jdkan rocker tu as buaian berendoi. ;)

nYomeL said...

Alhamdulillah.. setel dah majlis akikah ariff ilman. Simple je tapi still sweet. heheee.. :)

Shakina Farhan said...

Bagusnye ayahnye yg cukur sendiri..! Agar kering tu mcm bunga yg xleh dimakan sekali tgk..cantik..simple n sweet..