Tuesday, October 9, 2012

Kisah Kelahiran Ariff Ilman

Alhamdulillah, Put dah selamat bersalin pada 29 September 2012 secara normal.

So, nak share detik detik kelahiran putera sulung kami, Ariff Ilman Bin Mohamad Kharussani (^_^)

28 SEPT/ JUMAAT

Hari ni pergi checkup di Annur dengan Dr. Khamsiah.Drive sendiri dari Hulu Langat ke Bangi sebab husband kerja dan masih boleh la nak drive. Di Annur,  Scan , check air ketuban, heart beat semua ok, berat baby pun dan cecah 3kg. So Dr kata tunggu sakit naturally datang. Lepas habis checkup pi servis kereta pula. Balik rumah rasa lenguh lenguh badan gitu.. Petang ada rasa perut mengeras dan sakit. Tapi kejap ke tak konsisten. So abaikan. Sebab teringin nak makan char kuew tiaw ajak husband keluar pasar malam pi beli dan husband ajak makan kat kedai. Instinct dapat rasa esok bersalin, jadi sebelum tidur siap2 baca Surah Maryam sambil baca doa2 mudah bersalin dan percepatkan bersalin. Malam ni dah siap2 air selusuh, air zam zam , kurma semua. Rumah pun siap kemas basuh baju sidai, macam tau tau je esok nak bersalin kan....

29 SEPT/ SABTU
Sehari sebelum due date! Malam memang susah nak tidur sebab baby asyik mengeras je kan. Oleh sebab tak tahu sakit contraction tu macam mana, so selalu hari2 malam2 google baca pengalaman orang lain macam mana rasa sakit tu. Ada kata macam period pain. Tapi, Put tak pernah rasa period pain, so tak dapat nak tahu jugak. Ada satu blog tulis rasa macam rahim berdenyut denyut. Masa tu macam da yakin, inilah rasa contraction.. start dari jam 3 pagi duk kita contraction,  dari 10 minit sekali ke  5 minit sekali, lepas tu tertidur macam tu je.. Sampailah jam 5.30 pagi macam tu kejut husband kata dah rasa sakit yang kerap.Tanda tak turun pun lagi cuma ada lendir yang sedikit je darahnya,   Bangun mandi solat subuh baca yassin. Husband buatkan air milo dan kami tengok tv kejap, then bawak barang yang rasa perlu. Barang ibu n baby memang dah ada dalam kereta.

Jam 7 lebih gerak ke Annur, cakap kat husband tak payah laju laju, masa dalam kereta dah rasa contraction yang 3 minit sekali. Mintak husband beli susu n roti dulu buat lapik perut , tapi tak makan pun hee..
Sampai2 Annur tak ramai pun orang, suami pi register dan terus dibawa ke bilik yang sebenarnya labor room (LR) Lavendar 1.

Masuk bilik, Nurse @ Mak Bidan.hee terus buat CTG n katanya graph cantik dan konsisten. memang masa rasa contraction tu number yang warna hijau tu naik ke seratus lebih. Lepas tu kena seluk  dah 7cm.. wuuuuu... terkejut jugak sebab tatau bila 1-6 cm tu terbuka.. Lagi 3 cm nak tunggu. 7 cm tu pada jam 8 pagi. so lagi 3 jam la lebih kurangkan.

Ni masa bukaan 7cm. sempat msg n whatsapp kawan-kawan bgtau.


Tukar baju kuning hospital,Lepas tu dicucuk ubat berak tu, terus p buang dulu, then makanan sampai, makan lagi.hee. mee goreng dan air hot choc. Makan dengan seleranya. Nurse kata lepas ni kalau rasa nak membuang jangan pi. Sebab dah 7cm kan....  Masa ni minum sikit2 air selusuh dan air zam zam.

Dalam jam 10 lebih dah rasa contraction yang kuat dan sakit. wuuuuuu.... husband disebelah ingatkan cara bernafas. Sebab memang lupa dah macam mana nak bernafas yang betul.hee.tarik nafas pendek,, lepas panjang... mcam tu la lebih kurang..hee.. Nurse pesan mengiring ke kiri masa contraction tu supaya senang baby nak keluar sebab baby akan ikut position kita. Masa ni mintak maaf semua kat husband. Tak sempat nak touching sebab sakit.hee

Seluk kali kedua dah 9cm dan memang dah tak tahan nak teran jugak, cakap kat husband nak teran... Nurse kata nak teran sikit2 bagi kepala betul2 kat hujung tu.. So, masa ni teran yang jgn lepas. hee.. nafas dan tahan tapi teran. 

Dalam jam 11 pagi Dr.Khamsiah sampai dan masa nie kepala baby dah nampak, nampak rambutnya,  Siap senyum kat Dr dulu.. and Dr kata ni nak bersalin ke tak ni, tak macam sakit pun... hee... Senyum dikala kesakitan reda. hee.. Kaki diletakkan kat tepi katil tu, tangan pegang palang katil n husband tolong ampu sikit bahu dan tekan lutut supaya tak angkat punggung.

Then dah tak tahan tahan nak teran dan masa tu da buka 10 cm, bermula acara push mengepush.. 3 kali push, first keluar kepada ke tengkuk , second tengkuk ke punggung, third keluar semua termasuk uri... Setiap step ada gambar yang sopan dan tertutup, tapi segan jugak nak share kat sini.hee. Husband dibenarkan potong tali pusat bayi. 

Alhamdulillah..Pada 11.20 pagi lahirlah anak ibuayah.......tengok Ariff menangis..hee

Lepas proses bersalin nie,(husband azan dan iqamatkan baby juga tahnik)  proses menjahit pula, di bius dan diberi ubat tidur, jadi tak rasa apa-apa. kena jahit 4 jahitan. Sedar sejam lepas tu dan masa tu mamai2 lagi. Nurse bawak masuk baby n BF kan sekejap je sebab pening(pandai Ariff Ilman hisap masa ni) . Dalam jam 1 lebih mak pun sampai dari Pahang......  Jam 3 lebih baru masuk wad Lily 3. (pasal  Annur  akan dicerita di entry lain)


Muka Ariff Ilman lepas lahir, bengkak lagi masa nie..hee... soo comel.

ARIFF ILMAN B. MOHAMAD KHARUSSANI
29/9/2012
11.20 PAGI
3.25 KG
55CM

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan selamat.......Terima kasih atas doa semua dan kata kata semangat.. Moga bakal-bakal mama dipermudahkan urusan bersalin dan selamat semuanya..Amin....

23 comments:

S.n.Fariza said...

alhamdulillah :)
take care

Cik Tqah said...

alhamdulillah..mudahnya..congrats put

azzpinky said...

Congrate dear...

Alhamdulillah dipermudahkan semuanya... :)

Fai CeritaCinta said...

syukur dipermudahkan semuanya... seronok baca pengalaman ibu2 bersalin. thanks sis for sharing

Zimie said...

congrats put.nampak mudahnya bersalin.hehe syukur alhmdllah.cant wait nak tau stori yang lagi satu tu

PinkUmmi said...

wah tahniah....dpt bby boy

nik ros said...

tahniah dapay baby boy yg comel
selamat berpantang yea

Cik Puan Rara said...

baby kalo keluar normal mmg berdarah2 cm tu ke? hee comels baby

nida husna said...

TAHNIAH akak. sakit2 pun bleh senyum lagi =)
semoga arif jadi anak yg soleh

myaini said...

congrats...suka tengok gambar baby fresh..siap sarah lagi.....saya dulu pun macam tu gak...kecut je kulit baby masa baru keluar....

lovelyadibah said...

tahniah put :)dh jadi mak orang dh!:)hee

Noli@Ibu Wafa said...

alhmdulillah..tahniah yer..moga jadik anak yg soleh..aamiin.. :)selamat berpantang :)

Asz Miza said...

congrats put..slamat berpantang :) alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin put. :) welcome to the world baby ariff ilman.

Huda Luna said...

besday dia sama dgn besday husband huda!
hehe

congrats put!

selamat berpantang
hee

welcome to dunia ariff! :)

aNNor said...

congrats put! baby comel sgt.mcm mak dia. sngnya put bersalin... doakan kan saya pulak yer :)

Allene said...

congrat... :D pandai u teran, i dulu fail... kepala da keluar leh sedut plak masuk.. :D

~ NANA ~ said...

alhamdulillah...mudah sgt put bersalin :) nnti meh la dtg kemaman, kita jumpakan baby kita...ajak intan skali...hehe

aThidEaN said...

tahniah:)

ctmah said...

congrats put.jaga diri

MizaShoppe said...

tahniah sis

My Life's Journey said...

salam pekenalan dari umi ..umi singgah kat cni

seronok baca cerita tentang sis bersalin ..sangat2 teratur dan dipermudahkan ...alhamdulilah ..seronok umi baca ..baby pun comel juga (^_^)

WNAWMY said...

Alhamdulillah..congrats..jom bace kisah sy plak.. http://wnuruladila.blogspot.com/2012/10/pengalaman-bersalin-1st-baby.html

Anonymous said...

pozyczka od reki
pożyczki pozabankowe lubelskie
witryna internetowa
informacje na czasie
pożyczki pozabankowe info
pożyczki pozabankowe o zarobkach przez internet
pożyczki pozabankowe