Wednesday, September 5, 2012

@37w Full term.

Esok masuk 37weeks. Cuak tak cuak tak? hee.. Belum rasa bersalin awal kot (pandai je kan)..weekend ni i checkup dulu kat ANNur, tunggu apa kata Dr.  Kalau baby nak tarikh 16 Sept pun boleh. Anniversary ibuayah tu..hee.. Tapi ayah kata hujung bulan lah.. ikut due date.. Ibu yang tak sabar nak baby keluar sebab ibu dah takde hati nak p kerja hari hari sampai request kat bos kerja dari rumah je.hee..

GL untuk bersalin dah siap. Ready awal. Nanti taklah kalut bila nak bersalin. Barang Along, Ibu pun da siap packing dah. Kejap aja rupanya packing barang.hihi... Tapi belum letak dalam kereta pun. Masih dirumah lagi...

Nampak macam sikit kan..hee.. Kat AnNur banyak yg disediakan dah..so malas nk bawak banyak2 barang juga.

Mungkin kena ada satu beg lagi kot untuk makanan,termos sume tu. Perlu eh bawak tu semua??

Barang-barang Along yang nak dibawa ke rumah nenek di Pahang pun dah dalam kotak n bakulnya. Nanti angkut je lah ye Ayah.. 

Berat Ibu masih lagi  53kg. lepas turun  1kg masa puasa hari tu. Hb pun 12.1, yang lain semua ok je. Alhamdulillah. kepala baby dah ke bawah belum engaged setakat checkup seminggu lepas. Berat Along pada 35w pun masih 2.2 kg. So ibu rasa Along belum nak keluar lagi kan kan...hee

Bangun malam nak kencing makin kerap,  lebih kurang 2,3 kali. Awal2 dulu sekali je kot, makan macam biasa memang banyak. Makin manja.ekekeke, Asyik nak berjalan je. Sebab nanti tak boleh berjalan -jalan sangat. Sakit jugak belakang sebab drive n duduk kat office rasanya. Kaki tak bengkak. Lenguh sebab drive dan jalan jalan. Perut baru turun sikit, tiada tanda-tanda lagi nak bersalin.hee..

Ramai dah mommy Sept selamat bersalin, Kina dengan baby girl - Nur Shahadah Chinta , Fina (baby boy) -Iskandar Arief, Hidayati (baby girl) - Fatihah Rania. dan ada lagi yang dah selamat dapat baby.. Sekarang tunggu Intan, Emi, Miza,  dan Put hujung bulan. Tahniah dan semoga semuanya selamat! amin......


7 comments:

Asz Miza said...

I lagi 9 hari..erk...nervous! Hari2 tido tak lena. Bila nak bersalin. bila nak bersalin..kang dah kena sakit contraction tu tau la kan..Hahaha. :P

Zimie said...

cepatnya masa berlalu.tau2 put dah nak dapat baby hihi.goodluck mommy put.semoga dipermudahkan semuanya.nanti share la pengalaman dekat annur.plan nak bersalin sinun gak.tapi plan jela.jauh lg perjalanan hihih

cikpuanputeri said...

Miza~ weee lagi dekat. Dapat 16 Sept mesti best uu..hihi... All the best n good luck tau! hujung2 nie p jalan jalan n makan makan ye..

Zimie~ kan... rasa cepat je.... tiba2 je dah nak setahun kahwin..wee.. Thanks dear. Zimie pun takecare ye.. InsyaAllah, andai rezeki bersalin di Annur nanti Put sharekan ye...

~ NANA ~ said...

put..cepat la keluarkn baby tu! hihi

anaztasias nora aira said...

semoga dipermudahkan put ! nanti update tau :)

mizzy amalina said...

good luck dear...semoga mummy&baby selamat & sihat2 je.insyaallah... :)

nYomeL said...

Semoga baby & ibu sihat.
Semoga semuanya dipermudahkan..
Amin.