Wednesday, August 29, 2012

Kisah raya tahun ini

Salam (^_^)

Lamanya tak update blog. Seiring dengan cuti yang lama gitu. hee... Nak update pun jadi malas. Ini perihal raya tahun ini. Raya pertama dengan suami dan keluarga mertua dengan perut membawa baby 8 bulan.hee..Alhamdulillah. Meriah dan gembira, biarpun malam raya dah sedih sedih sebab rindu family.hee.
Gerak balik kampung Parit Buntar sehari sebelum raya. Sampai  rumah PIL malam raya dimana sampai sampai je dah siap segala nasi impit kuah kacang ketupat lemang rendang semua. Jadi balik balik kampung je terus makan aja.hihi. Owh yee bawak pulang juga 2 jenis biskut  Almond London dan Conflakes Madu. weeee... kagum dapat buat biskut raya sendiri. Kuih biasa2 je boleh buat yang rumit memang tak terbuat.hee

Menunjuk baju raya sendiri. hikhik. Semua dibeli yang boleh dipakai selepas bersalin juga. Jadi tak rugi.hihi.
Tahun depan dah berangan nak bergaya dengan baju raya dari Zalora Malaysia meletop kebabom. Suka sangat dengan Zalora Online Shopping . Servis cepat dan pantas. Dahla free shipping,siap dapat free voucher bila sign in. Baju cantik dan harga berpatutan. Dah terbayang bayang nak pakai kaftan Zalora for next Raya. Wohuuuu..


Pagi raya bersiap siap, bersolat raya bersalaman dan bergambar. Dapat duit raya dari husband .weeee .. Gambar beramai ramai semua ada kat kamera kamera canggih, so tiada lah gambar banyak melainkan gambar mak buyong bersama suaminya.



Baju husband adalah baju hantaran tahun lepas. Raya tahun nie baru pakai.hee.  So, cari sahaja baju yang sipi sipi tema pon ok kan.....

Hari Raya Pertama beraya ke rumah saudara mara sampai ke petang. Malam pula saudara mara pula datang ke rumah beraya. Meriah.


tiada gambar penuh.hee

Raya kedua kita bertema gold brown gitu. Raya kedua dah jumpa family sendiri . Yey!! hee.. .. Gerak ke Taiping untuk majlis merisik sepupu. Meriah makanannya sebab dapat makan masakan kampung. Heaven bila raya dapat makan nasi ulam sambal  belacan.


Nampak sedapkan?hee


Kemudian beraya lagi sebelum gerak ke Penang untuk beraya di rumah saudara mara belah Mak pula.



Tiada bertema dah.hee.. Dengan my one and only anak buah. Megat Izz Zeqry

Raya ketiga beraya di Kampung Sg. Terap.Kampung Abah. Ada open house kecil-kecilan gitu. Sampai ke malam jugalah penuh org beraya. Biasalah tetamu nak jumpa artis katanya.hihi

Sibuk jugak nak bergambar dengan cousin sendiri.hee.  Mereka berdua memang tinggi jadi kami nampak kecik je..hihi...

Raya keempat dah siap siap nak pulang ke KL sebab esoknya husband kerja sudah.... Sempat singgah Kuala Kangsar beli tungku, bantal kekabu baby dll..hee.. Murah-murah barangnya pandai2lah tawar menawar ye..hee.

Raya seterusnya sambung kemudianlah ye.. (^_^). Minggu nie masuk minggu ke 36.  Nanti kita cerita perihal baby pula ye...(^_^)...

9 comments:

ada mokhtar said...

banyaknye baju raya :) selamat hari raya :)

cikpuanputeri said...

ada- sebab semua baju lain tak boleh pakai dah..hee

~ NANA ~ said...

slmt hari raya put...

comelnya baju jubah yg pink tu...nmpk sesuai sgt dgn u :)

Asz Miza said...

Selamat Hari raya..baju raya tu sangat cantik..:) Sesuai pakai dengan orangnye. Hehe..banyak jugak baju raya put ye..kita ni ada satu je sbb xde mood nk beraya..lagi excited nk bersalin. :P

cikpuanputeri said...

selamat hari raya dear! baju dipakai pergi kerja jugak tu yang banyak tu..hee... yey! da dekatkan. tak sabar nk tunggu baby keluar.hee.. takecare dear!

cikpuanputeri said...

nana~ peminat pink2 gitu.hihi. mesti tiap tahun pun nak ada kaler pink.

R.R.Z said...

comel nya baju2 awk..
beli ke tempah?

:)

nik ros said...

cantiknya color baju raya pertama tu.berkenan la ;)

nYomeL said...

Lawa baju raya! Heheeee..

Selamat Hari Raya Put! :)