Friday, July 27, 2012

Selesai mendobi baju Along

Salam Jumaat.

Dah 7 hari dah kita berpuasa. Alhamdulillah, selesai dah seminggu.. Alhamdulillah juga masih mampu berpuasa. Baby behave dan kuat dapat puasa dengan ibu. First day terawih berdiri lama, rasa nak pitam berpeluh-peluh badan. Sudahnya hari lepas-lepas tu buat sendiri  berimamkan suami, duduk yang mampu. Dah tak larat sgt rehat kat rumah tunggu husband pulang  .hee

Selama 6 hari berpuasa nie, 2 hari je masak untuk berbuka, 2 hari di luar, 2 hari kat rumah mak (sebab outstation balik Jengka, husband sorang-sorang kat rumah). Dan sahur memang kat rumahlah. Tak rajin pulak nak keluar.hee. 

Itu dulu cerita puasa, Sebenarnya nak cerita perihal baju anak. Sabtu lepas dah siap mendobi segala baju anak ibu , tuala, blanket, lampin, stokin dan semua lah yg perlu dibasuh.

Laundry basket Along yang comel! hee.. Saya guna sabun ABD Pureen.

Tema baby konon-konon hijau dan oren.hihi. Ini box Ikea, buat susun-susun segala clothing Along, Ada lagi 2 box untuk barang-barang lain. Masih belum susun dalam drawer sebab nanti nak bawak balik Pahang.


Mittens Booties n Stokin letak dalam net sebelum dimasukkan dalam mesin sebab kecil-kecil ni nanti senang nak cari


Sebahagian baju Along. Sebab ada yang kata, kalau guna sabun ABD kena sidai bawah cahaya matahari , jadi jemurlah kejap bawah matahari . Then  nampak mendung je, terus bawah masuk balik.hehee


Put tak basuh guna tangan.heee. Malasss... So guna mesin basuh jelah, yang memang dah ada cucian untuk baby care, kalau nak guna hand wash pun boleh tekan kat mesin je...hee.. Ini memg mesin basuh untuk orang yang malas basuh guna tangan macam saya.hihi.

Dah siap sidai, kering, lipat. masuk dalam kotak semula untuk dibawa pulang ke rumah neneknya nanti. 





Nie Checklist Baby Excel yang diambil dari Kina. Thanks Kina!

Untuk Baby Gear dah lengkap, nak tambah barut je lagi  4. yang lain-lain dah cukup.


Untuk baby care, Bathtub dah ada satu kat rumah mak, nak kena beli satu  letak kat rumah sendiri. Minyak Telon dan nail clipper nanti baru nak cari.

Checklist lain, nanti sambung..hee
Ahad nanti nak pergi terjah Mid kejap, kot2 nak tambah stock diapers n storage bottle.

Selamat berhujung minggu dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan!

6 comments:

MizaShoppe said...

slmat berpuasa sis..huhu..bestnya tgk baju2..meriah....laundry basket tu sgt comel...hihi

Asz Miza said...

Larat mendobi masa puasa..i buat awal2 before puasa sebab banyak round nk kena settle..hehehe..

Selamat berpuasa!

aTy _faRed~ said...

laundry basket tu comel ar..!!! mane beli..??

Cik Puan Rara said...

banyak nya baju baby =)

cikpuanputeri said...

mizashoppe~ hee.. comelkan...baju kecik2 nie comel je kan..

AszMiza~ lebih kepada excited jugak nak mendobinya.hee.. selamat berpuasa jugak dear.

Aty~ Put beli kat booth kat mid masa ada buat sale bedding set sume tu. tiba2 ada laundry basket ni. tatau la kdai nya dimana.sorry dear

rara~ hee.. banyak yang besar2 nie, yang kecik sikit je.. harap baby pakai la semua .

sara petakbunga said...

comwl nya baju kecik-kecik