Friday, July 20, 2012

Kisah Resepi : Mini Murtabak

 Salam Jumaat.

Alhamdulillah, Berakhirnya Syaaban, Bermulanya Ramadhan. Salam Ramadhan buat semua saudara mara  rakan taulan sahabat handai. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan dilalui dengan sempurna.Amin...

Tahun pertama bakal berpuasa Ramadhan dengan suami. Alhamdulillah.. Gembira dan excited rasa nak lalui bulan puasa ni bersama suami dan baby. Dalam masa yang sama, kena senaraikan menu sahur dan berbuka. Sebelum ni duduk rumah mak, apa nak makan request je, mak masakkan.  Sahur pun , dikejutkan bila makanan sahur dah siap sedia dengan air milo panasnya... Itu ketika zaman bujang, hee.

Bila dah berkahwin dan stay berdua sahaja dengan husband, pastilah perlu fikirkan apa nak dimasakkan. Alhamdulillah, husband tak memilih makanan. Apa dimasak dimakan, kadang kadang husband masak, Put makan. hee.. Kalau tak pun, keluar jalan jalan cari makan. heee..

Puasa tahun ni, niat dihati memang nak masak, niat lah kan... kalau tak masak tu, main tunjuk2 aja lah kat Bazar Ramadhan depan taman nie.hee. Semalam dah try satu resepi baru MINI MURTABAK. Sebenarnya dua hari lepas teringin nak makan murtabak, malamnya husband bawak pi kedai mamak . Tapi murtabaknya tak seperti yang tekak ni nak.hehe. Mengada!. So sebab tulah google-google resepi murtabak konon nak buatlahkan.. 

Resepi yang Put tengok dari sini  MY KUALI. Tq sebab bagi resepi yang sedap. (^_^)

Put ubah sikit ikut bahan yang adalah kan..

Bahan untuk inti. *untuk 10-15 keping mini murtabak*(Kulit popia) 

1.Ayam Cincang (Put guna brand Ramly) ikut sukalah nak banyak mana, nak banyak isi ayamnya letak lebih .hee.. Put guna suku macam tu, tak timbang jadi tak tahulah berapa gram kan. Siapa suka daging, boleh la guna daging pon sodappp

2. Bawang Besar dan bawang putih sebiji dipotong dadu.

3. Satu atau dua sudu serbuk kari ayam. * ikut selera sesedap rasa nak banyak ka sikit*

4. Sebiji kentang dipotong dadu.

5.  1 @ 2 biji telur

6.  Perasa-garam,gula, ajinamoto (ini ikut suka mana nak letak, Put jarang guna gula dan ajinamoto dalam masakan)

7. Daun sup *tak letak sebab takde, hee*


 Kaedahnya, tumis bawang putih, bawang merah yang di potong dadu. dah naik bau dan dah layu, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air.  Goreng hingga pecah minyak, Masukkan pula kentang yang dah dipotong dadu . Masukkan air sedikit aja sekadar nak empukkan kentang, kemudian masukkan ayam cincang. Gaul-gaul dan gaul hingga kering lepas tu masukkanlah perasa-perasa ikut tekak masing-masing . Letak daun sup lagi sedap baunya...

Rupa inti murtabak.


Telur dikacau dalam mangkuk inti lepas inti dah siap masak. 


Tak buat kulit guna tepung yee.. harapanlah nak uli2 tepung.hee. So guna kulit popia. Put guna kulit popia yang  kecil.


Lepas tu, letak inti atas kulit, tutuplah inti macam buat envelope punya lipatan tu, dan gamkan dengan putih telur.. gam tuu..hee.. telur yang dicampur dgn inti tadi, simpan sikit putih telurnya untuk dibuat gam..hee. bancuh tepung gandum +air pun boleh buat gam.

 Sebab saya tak berapa nak berseni, lipatan tunggang langgang sikit, hee

Goreng! . Guna sikit je minyak sapi. Guna minyak biasa pun boleh. Bila guna minyak sapi, Baunya sedapp... guna mentega pun boleh nak goreng. Letak sikit aja.



Selamat mencuba! Boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Nak makan baru goreng.  Saiznya comel aja, tak perlu nak potong-potong. (^_^)

*tengah layan Ketuk-Ketuk Ramadhan* Hee

12 comments:

azzpinky said...

nak cuba! nak cuba! cam senang je kan...nnt kat bazar, byk je yg jual murtabak tapi xsedap pon..huhu

cha said...

Nanti nak tryla. Menu simple je hee

cikpuanputeri said...

azzpinky~ tu lah, dekat bazar kdang2 banyak bawang je kan. dahlah mahal.hee.. cuba2 dear. sedap.

cha~ kan.. simple aje. tayah uli-uli tepung.hee

aTy _faRed~ said...

murtabak dan bulan ramadan same makne..heheheh..saye suker murtabak gak..:)

Shakina Farhan said...

harus cuba ni..kat sini xtau la ade murtabak ke tak..balik kuantan mmg berlambak2..selamat berpuasa put!

azalia hjsalleh said...

sdpnya! nanti nk try
tp x mo letak kentang.. sbb lya x suka mkn murtabak ada kentang..

Cik Belle said...

aaaa put! thank you thank you! nanti share lagi tentang resipi ya! bulan puasa kita masak je yang simple simple. sedap pun sedap buat sendiri! hehe

masmOna said...

Put...tq! Mas suka sgt murtabak..nk kena cuba buat ni..:)

nida-razak said...

Put,tq share..nak cuba la hari ni..hehe

nida-razak said...

Put,tq share..nak cuba la hari ni..hehe

Bake With Love said...

put, tak bape paham. 1-2 biji telur tu di campur ngan inti yg dh masak tu yer? then baru letak dlm kulit popia? ....

cikpuanputeri said...

Bake with love- yup dear. Kacau telur dalam mangkuk inti tu. Then baru letak atas kulit popia.