Monday, July 30, 2012

Check List : Feeding

Salam Isnin.

Pagi Isnin yang indah. hee... Lepas outstation minggu lepas (Rabu-Jumaat) , Isnin sungguhlah tidak rajin untuk masuk office.  Tapi takpa, cuba untuk merajinkan diri. Sambil2 update blog dipagi hari.hee..

Semalam ke MidV, pergi terjah fair yang sangat sesak dengan orang. Nasib baiklah best dan banyak booth. Pergi pun dah dekat jam 3 lebih macam tu, pusing-pusing fair nak cari diapers dan storage bottle sahaja. Whoopee tinggal saiz M ke atas sahaja, S habis. Beli jugak lah saiz M  , satu pax. Nasib baik dah beli masa fair PWTC hari tu yang saiz NB/S 2 pax .  Drypers pun sama jugak, habis saiz S, M. Tinggal yang besar je. Tapi rezeki last2 ada dapat yang saiz S 2 pax. Total diapers baby ada 7 pack semua. Memang setiap fair beli.hehe..  Pusing-pusing cari storage bottle pulak, mula-mula tak jumpa pun yang RM 22 bumblebee. Jumpa Autumz, JJ.  Masuk hall last baru jumpa yang harga RM22 kat  myBBstore rasanya.. Terus borong beli 5 kotak, lagi 2 kotak untuk Intan.hee.  Nampak pulak bathtub kat Fiffy yang warna hijau terus beli . Takda bath tub untuk letak kat rumah sendiri, kat rumah mak ada yang anak buah punya, so boleh guna.. Jadinya barang-barang dah 90% siap. 10% lagi tu tinggal untuk stroller, set berpantang dan  barang ibu nak bawak ke hospital.

Hari ni nak share checklist untuk Feeding.



1. Feeding bottle (TT). Ada 5 sahaja. 2 yang 5oz , 3 yang 9oz. Harap baby suka dengan bottle nie. Jadi ibu tak perlu cari bottle lain dah.hee
2. Breastpump pilihan adalah FS. Moga dipermudahkan urusan untuk BF baby sampai 6 bulan hinggalah 2 tahun, mengapa FS? sebab saya seorang bakal ibu yang akan kerap keluar kawasan 2-3 hari, makanya saya rasa inilah yang terbaik untuk saya. Amin. Insya Allah...... hee.. FS dapat dalam bulan 9 nanti. Saja mintak lewat sikit. Tak rugi warranty kononnya.hee. Beli di sini  FAHEEM WARDROBE


\\


3. Storage bottle. Dah beli yang Autumz satu boz, BB 3 box. so ada dah 40pcs. Cukuplah tu. Nanti kita tengok bottle ke, bag ke yang menjadi pilihan 

4. Storage bag/plastic. Beli yang Autumz masa Baby Fair PWTC , 7oz dan 12oz (4 box). RM 10 per box.

5. Ice pack  beli di Fair PWTC juga, yang Autumz nie (RM 17.90)



6. Cooler bag. Beli di One Baby World  RM23. Beli Medela akan dapat satu cooler bag juga. Satu untuk bawak ke office, satu untuk hantar kat BS.


7.  Sterilizer and Warmer  (Little Bean) Mula-mula tak nak beli, tapi mengada nak beli juga.hihi. So dah beli sila guna ye.. Little Bean boleh muat bottle TT, so beli yang ni lah. nak beli TT set tak mampu.hee... Beli masa  ada sale kat Giant rm150.


8. Nipple Cream--> Beli Medela Purelan 7g di One baby World (RM 29.00) .





9. Nursing pillow. Yang nie husband bagi hadiah masa awal-awal preganant dulu. Memang sangat berguna. Best.





dan, akhir sekali  Nursing Bra, (Autumz, Fab Mom).  Disposable Washable Breast Pad (beli di Pureen Warehouse Sale) , malas dah letak gambar,hahaha.  So checklist untuk feeding dah selesai. Tinggal nak sterelize semua bottle dan simpan.

Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.. Minggu ni masuk minggu ke 32.. Ibu doakan anak ibu sihat walafiat di bulan puasa  (^_^). Nanti sambung checklist lain

6 comments:

Asz Miza said...

Pergi expo masa hari sabtu ingat nak beli lagi satu box reusable ice pack + Cooler bag tapi lupa..tgk entry ni baru teringat..adoi. :D

fifi tiez said...

tak sabar nak guna barang2 tu kan..ari2 gi tengok.hehe

~ NANA ~ said...

wahhh byknye put shopping! kalau nk cantik, simpan ebm dlm botol...kalau nk jimat space, simpan ebm dlm plastik...hehe

ctmah said...

syoknye tgk org shopping sana sini...ctmah gigit jari jelah...kekekee

anaztasias nora aira said...

beshnyaaaaaaaaa !! doakan masa nora tiba plak yea :)

nik ros said...

insyaAllah..moga semuanya selamat yea