Monday, June 4, 2012

Shopping @ Baby Fair.

Salam Hari Isnin (^_^)

Seminggu sekali baru nak muncul entry baru, lepas tu lupa banyak cerita yang nak dikongsi... Jadi kita cerita mana yang ingat. Last weekend yang penuh dengan kenduri dan juga shopping menghabiskan  duit tanpa memikirkan gaji seterusnya akan masuk lagi 3 minggu.hee... 

Excited sangat nak pergi baby fair dekat PWTC , siap list semua barang yang nak beli, First day , hari Jumaat  memang dah pusing-pusing nak mencari dewan. Ish,Jauh benor nak pi ke Hall 1 tu.Sebab pergi sorang aje jadi  tengok apa yang ada dan pulang.Booth memang tak banyak sangat dan yang banyak dijual adalah baju-bajuan.... Esoknya lepas makan kenduri semua terjah lagi PWTC dengan husband kali ni memang nak membeli. Hari Sabtu meriahlah sebab ada pertambahan booth tapi masih sikit. Ramai orang jugak sebab ada banyak expo lain kan kat PWTC..  Jadi mulalah perjalanan di dalam hall ......


Barang yang berjaya dibeli.

1. Nursing Bra RM29.90 *ini memang nak beli,  harga asal RM 39.90) Ok le dapat murah sikit*

2. Storage plastic Autumnz ( RM10/box/25bags) *expo dulu ada yang dpt lagi murah RM9.Tapi grab je dulu yang ni, nak cari storage bottle BB and JJ tak dop*huu

3. Reusable ice pack Autumnz (RM 17.90). *ini tatau harga sebenar. beli je..hikhik*

4. Whoopee Diapers (RM25/78pcs)

Sebenarnya nak beli MamyPoko, tapi takde . So beli la Whoopee. hee.. Baca review ibu-ibu , diaper yang ni boleh pakai hari-harian punya, kalau nak travel ke, pakai malam ke, boleh pakai yang mahal sikit. So, baby ibu , kita try dulu ok mana yang baby sesuai nanti.


5. Boba 3G Carrier ( RM 395.00) .Harga retail RM438.

Tak pernah tahu pun pasal boba carrier sebenarnya, so memg tak tahu harga beli online berapa.. Maybe ada lagi murah la kan... This one boleh pakai dari new born ke toddlers.*kalau ayah larat lagi nak kendong anak*hee.. Beli ni dapat freegift rompers dan kasut baby.




Dan , Put rasa ini adalah antara sebab kena husband pilih Boba Carrier, hee. Nak bawak anak naik gunung lettew..haha... btw, memang nampak selesa dan style. hee.. Dan foot straps tu buat kaki anak tak lenguh (^_^)

\

  • 100% Cotton 
  • Front and back carry options 
  • Removable sleeping hood 
  • Adjustable sleeping hood, adjusting in length to fit growing babies 
  • Zipper pouch may be used to store your hood when not in use 
  • Comfortably fits heights 5’0” – 6’3”
  • Waistband range: 25” – 58” 
  • Additional adjustments for easier fit & breastfeeding 
  • Patent-pending removable foot straps 
  • Elastic bands neatly roll up straps 
  • Shoulder strap holders keep purses and diaper bags in place 
  • Easily adjustable chest strap 
  • Uniquely designed to “hug” your child 
  • Converts to an infant carrier without an insert 
  • Extra head support adjustments for infants 
  • Body of carrier rises 2-3” higher than other brands 
  • Multiple pockets for on-the-go storage 
  • High quality military grade buckles 


Lepas ni boleh buat special entry untuk baby carrier ni (^_^)

6. Sweet Cherry CS 800 Eternal Car Seat 
(hilang ingatan jap berapa harganya nie, aiyoo.resit kat mana tatau. nanti update, menghampiri RM 350 rasanya)
retail price RM439 mcm tu

Car Seat pun takde survey mana ok mana tak,hihi.. bagi kami harga berpatutan, boleh pakai dari kecil sampai 4 tahun. Yang paling penting selamat dan selesa untuk baby..Pilih memilih bab selesa.keselamatan semua ni, husband lebih teliti. So kita serahkan pada yang pakar.

*ciri-ciri CS 800* ihsan google
Features:
Combination seats which suitable for newborn to 4 years old.
Rear facing position only for newborn to 13kg (approx. up to 12 months). 
Forward facing for child whose weight from 13kg to 18kg (approx. 1 to 4 years).
3-height reclining backrest.
Extra infant head support is provided.





 Dalam pada takde apa nak beli, banyak jugak kan yang berjaya dihabiskan.hehe... Tapi rasa puas hati bila dah dapat barang-barang penting.. Stroller lambat sikit tunggu next expo tak pun ada warehouse sale mana-mana yang dapat harga berbaloi-baloi. Breastpump dah order tadi! hehe.. Nantikan bp pilihan..hee (^_^)

Harap-harap next expo on July and Ogos lebih best dan banyak booth.  Janganlah buat iklan banner Expo terbesarlah apalah...last-last berapa je booth yang ada.... 


Yang July pada 27-29 July 2012 di MidV. Bulan puasa ni, hee..

Ok..... jumpa lagi next week! hee *ada berita yang menggembirakan*ehem*


*semua gambar ihsan google , tq google!!!*

16 comments:

Hunny Kitty said...

yg lepas ni mcm tak merasa je nak pegi...dah hampir sampai waktu gitu

cikpuanputeri said...

bersedia! hehe... dah dkt kan due u? takpe, nanti sambung shoping online aje masa pantang.hikhik

Shakina Farhan said...

ape berita gembira tuuuu?
sedih kan..botol BB pun xd..-_-

LisaLisut said...

I x pegi sbb balik kuala. plus mmg xlarat dh nk tawaf n mmg tak pernah masuk pwtc tp dh bole byg crowds nya.

baby carrier tu i rs worth buying! :D

Liyana said...

bestnye soping brg bby.. sy dh xde mood nk fkr brg bby, mood fkr tkt nk bersalin je ni.. hehehe

cikpuanputeri said...

kina~ sedih banyak barang xdpt kan..hukhuk. harap2 fair next month adalah..nanti boleh tolong belikan untk kina sekali... hee. berita tu tunggu next week.hee

lisa~ takpe, u dah nak settle beli barang dah.. bestnyaaa balik kg.. yup! boba carrier best! hee. husband yg excited!

cikpuanputeri said...

liyana~ dah dekat due ye syg? shopping lepas bersalin masa pantang pun boleh.hihi. main click2 je..hihi.. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.amin..

~ NANA ~ said...

amboiii sakan mommy to be shopping ek :)
syok kn shopping barang anak?

Mrs Najib said...

menyesal gak pi haritue ingat byk booth sekali sket ajo nasib nak survey2 ajo lgpn twinkle2 br 4bulan awl lg rsnye..

cikpuanputeri said...

NANA~ Memang sangat syok!!hee

mrs .najib~ hee... next baby fair boleh pi lah nie masa tu dah 6months. hee... jum jum p next baby fair

izwahasnan said...

hai nak share ni...
sebut pasal pampes whoope... mmg bgus blh pakai hari...

my bby baru 46 hari pakai whoope je hari2...

janji jgn lupa sabukan dropolin untuk elakkan merah... bile berat je terus salin... jgn tinggal lama.. itu cara nak elak merah2

cikpuanputeri said...

ok dear! thanks for the tips! memnbantu sgt! whoppee murah..hee. boleh berjimat untuk pakai hari-harian kn...

ling said...

Hi,

Nak takut u ada contact untuk boba carrier 3g tak? I nak beli satu harga rm395 ada free gift kan. I nampak ka expo pwtc tapi tak beli masa tu.

cikpuanputeri said...

hye dear. takde la contact no dia. nanti i tanya husband. husband tau kedai dia kat mana.

mamamuhammad said...

hi..kedai ape yg jual boba 3g ssc tu?i nk beli..RP:rm438..ITU HARI ADA SALE INGT NAK BELI TP TGK2 DAH HBS PLAK SALE..RUGI JE RASE!

cikpuanputeri said...

dear, dekat mumdream bangi ada jual. belakang building hospital pakar annur..