Friday, June 8, 2012

Makanan semasa mengandung

Salam Hari Jumaat..

nak share perihal pemakanan ibu mengandung.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

    So jangan risau kalau berat anda naik banyak daripada orang lain..hee. Macam Put sebelum pregnant 44kg sekarang dah mencecah 51 kg . 7 kg dalam masa 6 bulan ini. hee...Tapi Dr. kata takpe lepas ni boleh naik banyak 2-3kg sebulan. Makin bertambahlah berat nanti. Yang penting berat baby ibu dalam range mengikut bulan-bulan. InsyaAllah...


     Share sikit apa yang Put makan selalu semasa mengandung nie..Kita ambil yang rutin je ye. 

    1. Buah Delima

    Mahal jugak buah nie RM4.90. Selalunya husband beli di Giant. sedap macam makan snack.hee.. Khasiat buah delima klik SINI


2. Buah-buahan . (epal, pisang, anggur dll). 
Makan buah, sayur yang berserat tinggi penting untuk elak sembelit. Alhamdulillah, sehingga 6 bulan mengandung ini tiada masalah sembelit. Harap berkekalan untuk lepas-lepas nie. amin.... Siapa yang tak makan sayur boleh makan buah banyak2.



3. Yogurt

Nyum.. nie kalau ada stock dalam peti yang disediakan oleh husband, hee. pagi makan satu, malam makan satu. kalau takde, tak makan lah..hehe.. Yogurt salah satu makanan berkalsium tinggi selain susu. So, siapa yang tak boleh minum susu ke, boleh ganti dengan yogurt . Juga boleh mengelakkan sembelit.



4. Kurma

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


Khasiat buah kurma untuk ibu mengandung boleh klik SINI


5. Air Zam Zam

 Sebelum minum, bacalah.....


أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا

Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat
وَرِزْقًا وَاسِعًا

rezeki yang luas

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

ubat dari segala penyakit

اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني
Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.

Selepas doa, sebutkan hajat dan niat agar mudah bersalin, semoga bayi dan ibu sihat dan apa-apa niat yang baik-baik
Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik.


 Air Zam-Zam husband beli daripada Jemaah yang baru pulang dari Makkah, harga dalah 100+ untuk satu botol besar tu, lupa dah berapa L... Put amalkan minum pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur.


6. Supplement

Dan ini seperti biasa, supplement yang ramai makan juga..



7. Susu 

Last sebab minum suka hati nak taknak.haha.... Put minum enfamama dan juga anmum ... selain daripada fresh milk yang tak payah nak bancuh-bancuh dah. buka peti, tuang dan minum. Haha. dasar pemalas kan  Sian husband nak kena beli fresh milk setiap minggu.Hihi...


Dan yang lain lain  badam, kismis, kentang dan pelbagai makanan yang lain.... tidak dilupa air kelapa. nyum nyum...... Sejak masuk 2nd tri selera makan memang makin meningkat dengan gembiranya......Dan raya nanti dah plan nak makan macam macam sebelum berpantang. YEY!!.

Selamat berhujung minggu semua!


*Thanks google for the pictures!*

10 comments:

Asz Miza said...

Minum air kelapa boleh eh? Selalunya dah 3rd trimester baru org minum..ada yg kata tak elok minum awal2. Confusee..hehe. Sedapnya dapat makan kurma ajwa+air zam2. Air zam2 kat sini satu botol kecik dah rm15 dah tu bercampur dengan air lain sebab tak rasa payau sangat.

cikpuanputeri said...

masa awal2 1st trimester tu memg put minum jugak. cuma sikit je. lepas tu masuk 5 bulan dah selalu minum pulak.. semuanya bergantung kepada penerimaan badan.. masa 3rd tri memg digalakkan minum.. Air Zam Zam kirim siapa-siapa yang pergi Makkah, lebih murah dan pure..hee.

LisaLisut said...

stok kurma,kismis,air zam2 mmg ada tp air zam2 minum skit2 je sbb nk simpan smpai ke hari bersalin haha. buah delimah tu murahhhh.tatau pun kat giant ada sbb xcari. sll org jumpa harga mak oiiii rm10,belas2 sebijik rm20 pn ada -___- i xpenah makan lg.haha

i dh quit minum susu tepung.bkn mls bancuh sbb husband bancuhkan tp mls minum. i lg suka susu kotak.kekekeke

air kelapa i dh minum ms masuk 3rd tri. sedap gila oooo. ala bole je minum masa 2nd tri. jgn bergelen sudah.cukup syarat.haha

i 65.9kg skrg ngehhhhhhhhh . minus baby 1.3kg. so i br 64 la kan.muahahah.

cikpuanputeri said...

Lisa~ kan.. memang kena simpan sampai bersalin tu.. hee. bagus minum untuk bf nanti jugak..hee.

haah.. delima kat giant 4.90 sebiji..hee.. agaknya yang mahal tu yang import kot,hee

i pun minum yg botol. kotak.. hikhik. dari dulu malas nak minum susu tepung tu..hehe. sian baby!

Shakina Farhan said...

skg pun dok minum fresh milk je..sbb malas gile nak bancuh..plus sedap..:P..berat kite lebih kurang dari segi kenaikan..hee

cikpuanputeri said...

hehe. sedap pun sedapkan...awal2 dulu je rajin minum susu tepung tu..hikhik

erin moshimoshi said...

besh kan preggy :)

mizzy amalina said...

xminum susu tepung lgsg sebab tak sukaaaaa...hehehe.tp mcm kena start je sbb da ramai yg pksa.hari2 bantai susu HL coklat je sbb sedap!hehe..haritu mengidam kurma.nasib senang dpt.skrg hari2 mkn kurma kt ofis.alang2 beli sekotak.sedappppppp... :)

btw...makan obimin tu buat rasa nak muntah la.hari2 lepas mkn 2 mesti rs loya,xselesa..ke i sorg je yg rs camtu eh?

cikpuanputeri said...

put pun minum susu HL Choc.hihi. letak dalam peti sejuk2.nyum nyum sedapppp.... i ok je makan obimin. tp memg ada yang tak boleh terima certain2 ubat tu dear. so normallah tu.hee

Adaa said...

salam..adaa dulu liat nk minum susu tp lps pregnant mmg suke minum susu cume x larat nk membeli mesti kene 'pau' ngn anak sbb suke yg HL tu, powder2 sgt x suke huhu so sudahnye, amik kalsium tablet je mudah hihi

vitamin ketika hamil/vitamin yang tidak sesuai ketika hamil/rahsia kesuburan/persediaan untuk hamil