Wednesday, January 18, 2012

Kisah video kahwin saya


Salam 

Lama tak update sebab line internet lambatnya alahaiii....Hari ni baru nak laju sikit .So, boleh update!

Wah,, baru nak dapat upload video nye pun.... Tapi tak pandailah nak besarkan ke apa..heee

OV : Simplisiti studio. 

Tengok video dulu, nanti Put cerita panjang (^_^)



Saya tetap suka video saya (^_^). Tengok banyak-banyak kali tak jemu. Ye lah sebab video sendiri kan. Link video majlis reception di SINI

untuk video nikah saya di link INI  *dah try upload tapi tak jadi-jadi*

Nie pakej video yang Put beli voucher Groupon yang ini



Masa ini memg mencari videographer, tapi bukan ditahap keperluan. sebab takde budget yang tinggi jadi  bila ada groupon nie terus beli dah murahkan.Seramai lebih kurang 200 org yang beli voucher ini.Rezeki saya, dapat book tarikh yang saya nak utk 16 September dan 17 September 2011. Alhamdulillah.

Tiada masalah komunikasi susah nak berhubung ke apa, hanya berurusan melalui email dan telefon sahaja, dan mereka tiba di lokasi seusai saya siap makeup *ini agak lambat jgk*. tapi takpe lah kan sebab 3 hours of event  coverage. mereka sampai dalam jam 4ptg dan pulang dalam jam 7 lebih. Seramai 3 org videographer yang cover untuk majlis saya, biarpun majlis saya biasa2 je.

Untuk majlis sanding,  mereka stay lama sikit, saya start bersiap dalam jam 9, mereka hadir jam 9 dan mereka pulang dalam jam 4 sebelum outdoor . Dah memang tertulis di situ 3 jam, tapi mereka cover sampai 6 jam. Alhamdulillah tak berkira.

Cuma video disiapkan agak lewat menjangkau 2 bulan lebih, sampai saya takde mood. Tapi bila dah sampai Alhamdulillah, saya suka. Sebab dari awalnya saya tidak menaruh harapan untuk mendapatkan video yang berkualiti  RM1200 dengan RM120 yang saya bayar. Untuk footage saya dapat dengan add on RM50 ringgit per video untuk 30 minit edited..

Saya ada terbaca review seorg customer yang juga membeli groupon ni yang menyatakan kekecewaan (entry telah di delete) dan pada ketika itu juga saya pasrah dengan nasib video saya sebab ketika itu belum dapat video saya. Saya juga membaca review yang suka dengan service Simplisiti Studio di SINI . So, masing2 ada cerita baik buruknya dan kalau boleh, kita nak recommend kat org lain mestilah yang baik2 je kan... So, kalian boleh menilai mana yang ok, mana yang tak, mana yang berkualiti , mana yang tak. Tepuk dada tanya selera. 

Cuma saya bersyukur punya video kenangan indah buat simpanan saya. Itu sudah mencukupi untuk buat saya gembira (^_^).

Ok itu sahaja untuk hari ini, sekian.. terima kasih.. 

8 comments:

~ NANA ~ said...

bestnyeee put! i langsung x hire videographer hari tu...sob sob :(

cikpuanputeri said...

hehe.. put pun ambil bila ada promo mcm nie, kalau tak takde jugak..video yg sedara2 ambil pun ok dah buat simpanan kan dear.hee

ctzainal said...

best2. wah,murah n cantik video nih. rezeki put kan. :)

~ i.n.a.z.d.a.u.d ~ said...

simplisiti is my photographer also sebab owner dia is my friend (ahmad kamal).. i only booked them for photography but they gave us a complementary video just like urs and i love it so much! overall, simplisiti ni murah & berbaloi, kena la dgn harga dia.. i think those who gave negative review tu have a very high expectation.. jgn la harap kualiti mcm saiful nang klu byr pun not even 10% dari saiful nang punya price..

cikpuanputeri said...

ctzainal~ thanks dear.. haah. happy je bila da dpt video...hee...

inazdaud~ owh... dats y i tak letak high expectation. cuma berharap i puas hati dengan apa yg i dpt nanti n alhamdulillah.. i suka... n diorg pun bgi komitmen dtg jauh2 n shoot.. thanks dear!

choclairissa @ intan marliana said...

put..i dulu amik videographer jgk..dpt video pun after 2mths+ tapi memang cantik..i rase ok kot..sbb krg pakse buat cepat2 buruk beno hasilnye nanti.. i rase video rate u murahla..

cikpuanputeri said...

hee. sebb diorg janji awal2 sebulan lepas tu.. bulan 11. tu yang put rasa lama kot.. haah, murah kan. ok lah berbaloi..thanks dear!

Shakina Farhan said...

baru dapat nak comment sebab mood malas bukak laptop semakin pudar..suke sebab ade kina dlm tu! walaupun sekejap..bagus la dorg tak berkira kan..