Monday, August 1, 2011

Ramadhan Day 01


*source here* thank my anes


Salam Ramadhan semua. Tahun ke-2 dapat berpuasa sebulan di rumah. Alhamdulillah.. Tahun pertama sebagai tunangan sang Putera, tahun terakhir berpuasa memegang status bujang. InsyaAllah....Tahun depan, insyaAllah sebagai seorang isteri *ehem2*.


Perjalanan hidup nampak mudah. Namun betapa segalanya memerlukan pengorbanan. Menuntut diri menjadi lebih kuat dan penuh semangat. Mudah tak semudah yang disangka. Bukan hanya mengejar kebahagiaan dan kegembiraan semata-mata. Tanggungjawab yang bakal digalas, yang tak nampak dimata itulah yang utama.


Perjalanan ke arah sebuah perkahwinan bukan jalan lurus yang mudah untuk dilalui. Pasti akan muncul onak duri. Yang penting cara dan usaha untuk kita tangani dan hadapi segala dugaan yang melanda.


Peringatan kepada diri, utamakan yang lebih utama. Bila tinggal lagi 47 hari, kadang2 terleka terguris hati sesiapa, malas nak berfikir apa-apa. Positifkan diri. Ikhlaskan hati, Berdoa dan terus berdoa.


-----------------------------Peringatan buat diri sndiri-----------------------------------------




4 comments:

intan said...

wah, entry bermotivasi.. i like!

iPai said...

wewwiiit .. tahun terakhir sebagai bujang tuh !!

anaztasias nora aira said...

Salam Ramadhan put. !!

miss puteri said...

intan~ mode Ramadhan.hehe

ipai~ hee. tahun dpn bertiga.hoho

nora~ thanks yang! salam Ramadhan juge!