Tuesday, August 23, 2011

Procedure : Borang Kebenaran Berkahwin

Salam sayang semua!!

Dah lama dah sebenarnya nak tulis entry ni, tapi banyak sgt kerja dan outstation, jadi bertangguh + penyakit M datang semenjak dua menjak nie kan.hehe .

Alhamdulillah, permohonan nikah dah diluluskan  sebulan sebelum majlis.. Tiada drama sangat sebab banyak diuruskan oleh Abah. Kalau urus sendiri mesti dah macam-macam. Mari bercerita satu persatu bermula dengan dokumen2 yang penting sampailah kelulusan pejabat agama.

1. Sijil Kursus Kahwin.
Put ambil kursus di Bandar Jengka, sorang tidak bersama pasangan. Jarak dan masa tidak mengizinkan kami ambil kursus sama2. Put ambil bulan 11 tahun  tahun lepas. Awal jugaklah jadi dah lupa2 banyak. Makanya kena buka buku semula nak refresh .hee. Tunang ambil bulan 6.hee di masjid negara sama tempat dengan Nora. hee. so, Alhamdulillah, da selesai kisah kursus kahwin dan teruskan pula dengan langkah seterusnya.

2. Keputusan Ujian Saringan HIV.
Ini tunang Put yang buat dulu. hikhik. lepas dia setle ambik kursus kahwin . buat appointment kat  Klinik Kesihatan Kajang terus buat test. Kononya nak buat sama2 lagi, tapi kena ambil cutilah kan..so, nak jimat cuti , buat asing2 lagi. Bila tunang da siap buat, barulah Put sibuk2 nak buat jugak, so, mintak keluar jap masa kerja pi Klinik Kesihatan Bandar Jengka, dan datang2 tak bwk borang HIV pon. ingat ada kat klinik.Tapi takda  Padahal Kina dah bgtau dah bawa je la dulu kan... Jadi, pi ambil borang jap, nasib baik dekat.hee. So, memg da dapat borang  kebenaran berkahwin dan borang HIV itu. SERINGGIT SHJ diperlukan utk ujian ini!. so, dah dapat result dalam sampul yang ada cop jabatan kesihatan. tapi sampul saya tak seal pun..Intan kata sampul dia siap seal tak boleh bukak. Cuak jugak.hehe. Keputusan HIV inche tunang lagi sempoi takde2 seal dah sekeping je. risau jugak sebab tak tulis result pun kat situ.takut tak di terima.hee. Tapi positive kan diri bila tunang kata, borang tu takkan di keluarkan kalau ada virus tu.. Alhamdulillah, selesai bab keputusan  Ujian Saringan HIV. Nasihat put di perkara HIV test nie, sebelum pergi ke klinik , telefon sama ada perlu buat appointment dan bwk borang dari pejabat agama  atau borang disediakan.
3.  Kebenaran berkahwin pihak lelaki.
Inche tunang ambil cuti sehari selesaikan borang dia, Tiba-tiba dia call sehari sebelum dia ke Pejabat Agama, salinan ic Put takde!!hee Put lupa pulak pasal ic,,hehe. memang tak ingat langsung nak bagi salinan kat dia. So, scanlah, email.. nasib baik ada teknologi kan.. so, dia setelkan borang dia, salinan ic 2 keping (sendiri+pasangan), 2 saksi ( tak pasti pasal yang nie sebab dalam borang kebenaran pahang takde tulis saksi), borang keputusan HIV , pengakuan bujang, sijil kahwin (asal,copy).. kebenaran nikah luar kawasan ditandatangan oleh  pendaftar bagi Kariah Masjid kawasannya (pihak lelaki). So, nasihat Put di bahagian ini pastikan kita ada salinan semua dokumen penting pasangan supaya senang kemudian hari.  Alhamdulillah, selesai borang dia dalam masa dua hari macam tu, dan next week dia bagi kat Put dalam akhir bulan Julai.

4. Kebenaran berkahwin pihak perempuan
Borang kebenaran dah ambil masa ambil borang HIV dulu dah. tiada bayaran, percuma aja. Borang disi bila dah dapat borang dari pihak lelaki.hikhik.. Padahal boleh je kan nak tulis awal2.. so, siap tulis butiran pemohon, pasangan, wali. Dan dokumen penting pun disediakan salinan ic put, pasangan, ic abah (wali), surat perakuan nikah mak abah ( Put anak perempuan sulung, so memg wajib ada perakuan nikah ni)-asal dan salinan, sijil kurus kahwin (asal,salinan), keputusan ujian saringan HIV, dan yang paling penting kebenaran berkahwin pihak lelaki yang dah diluluskan..

Kemudian, semua diuruskan oleh abah, Tandatangan Pengurus Felda, dan pegesahan penolong pendaftar untuk book tarikh nikah juga.. so, borang dah siap di isi, dokumen dah lengkap, tandatangan dah ada semua, abah hantar ke Pejabat Agama Jerantut pada 8.8.2011.. so, borang tinggal kat Pejabat Agama utk disemak dan dikeluarkan sijil kebenaran nikah. Masa yang diambil utk disiapkan sijil ni, paling cepat 24 jam *ikut tempat masing2* paling lambat seminggu-2 minggu rasanya. kalau ikut dalam slip tu ambil pada 18.8.2011. so dalam sepuluh hari utk sijil itu dikeluarkan... ini semua bergantung kepada kawasan, keramaian pemohon dan kecekapan petugas.hee.. lebih awal lebih baik kan. bersiap sedia...hee..

So, pada 21 /8/11 baru Put dapat tengok sijil tersebut sebab seminggu keluar tiada di rumah kan... Alhamdulillah, dibenarkan bernikah!! hehe.,,so, Abah kata jangan risau2 ye, tunggu je orang datang baca nikah!..hehe....

*kat dalam checklist ada tulis gambar berukuran pasport, bertudung gelap - ini utk kad nikah, ikut negeri juga ni, pahang tak wajib bg gambar masa hantar borang, tapi sediakan aja, lebih baik ada kan. besiap sedia..hehe....

Jadi begitulah kisahnya borang permohonan nikah...... ini pengalaman saya, mungkin berbeza cerita dengan yang lain.hehe.. maaf ye kalau ada yang tak paham..hihi....

5 comments:

anaztasias nora aira said...

put, thanks for the info dear :)

rose said...

thanks 4 da info put..

iPai said...

mak ai .. penting ni ..

e k i n ♥ y u s r i said...

borang ekin dah siap...
alhamdulillah

miss puteri said...

nora, ros~ most welcome.. sharing is loving uuuuu..hehe

ipai~ haaaa.. penting tau tauuu

ekin~ alhamdulillah.. lega kan yang,,