Wednesday, June 15, 2011

take out box dah dapat

banyak sangat nak update. pilih perihal kotak doorgift ye dulu. kotak doorgift pernah menjadi kekeliruan suatu ketika dulu. kos, budget, kepuasan hati, pendapat org lain semua diambil kira.eceh.hee.. so, inilah pilihan saya. saya seorang yang bila pilih pilih pilih.. selalunya, pilihan pertama yang menarik hati, itulah yang akan dibeli dan dipilih.

sama kesnya seperti kotak lunch box @noodle box @ take out box @ kotak bertangkai ini. Dari dulu lagi memg saya nak yang ini, selepas survey yang lain pun memg nak yang ini..





*pandangan atas*










*pandangan sisi*




*pandangan depan*




TEMPAT : Syafa pernah buat entry INI, bgtau pasal kotak yang dibelinya di PPH Prai. Banyak berhubung dengan Syafa tanya pasal kilang nie..So, dari awal tahun dah nak pi tempat nie. Last week , ingat nak pi masa 4 june. lupa hari cuti umum. so, just pesan kat enche tunang berpandukan direction dari puan syafa kita, thanks dear syafa. nasib baik enche tunang baik hati nak tolong beli byk2 dan bawak balik kl dulu.hee..



HARGA :sebelum ini, saya pernah survey harga kotak ini, bermula dari RM 1.30, RM 1.10, RM 1.00, RM 0.90, RM 0.70 . n masa mintak quo harga PPH dapat 0.60 sen, n last deal dapat 0.58 sen..dan paling murah dan berbaloi .so, terus grab. ini harga masa Januari 2011. katanya sekrg dah naik harga.


KUALITI: sebab ini kotak makanan, so memg kotak ni keras,tidak mudah koyak, tak kemek2 dan tak perlu letak kertas keras dah kat bawah.

PACKAGING : cuak masa ambil kotak ni dari enche tunang, tgok gambar pada kotak..neves ok. kot2 dapat kotak lain dalam tu. Alhamdulillah betul kotak dalamnya. bukan seperti dalam gambar. 8 packx 50 pcs = 400 pcs/box. kotak besar ok. saya ingat kotak kena lipat sendiri. rupanya dah sedia siap mcm tu. bayangkan enche tunang nak bawak 6 kotak besar (termasuk yang nora pesan,hee) dalam kereta. macam tak percaya muat ,kalau kancil saya, dua pun dah penuh kereta.




CONTACT INFORMATION :

PPH sdn bhd
Plot 468&482 , Jalan Perusahaan Baru,
Prai Industrial Estate, 13600 Prai ,Penang
Email: solutions@pph.com.my
604 399 9508
604 399 4073




Put hantar email dan dibalas oleh Puan Zaitun dan berhubung via phone pula dengan Miss Rachel. PR bagus cepat dan tepat.hee.. secara face to face nya tak tahu pula , enche tunang kata ok je, sebab put dah order awal2 berapa pcs nak semua, deal harga siap2, enche tunang just pergi bayar dan ambil barang. siapa2 nak delivery pun boleh jugak, harga tak mahal sgt bila delivery, macam tambah lagi sikit je, cuma beli kat kilang harga dapat kurang2 lagi. (~_^)


So sekarang tempah sticker, potong reben n beli barang door gift aje.yey! terima kasih semua!

idea2 untuk deco-deco pula!


10 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Deco time!

nida-razak said...

wah..da dpt..masa untuk diy...besh2..hehe

LisaLisut said...

DECO bersama Put! haha. best laa dh dpt.bole stat diy.mcm i slg tak beli2 brg doorgifts slg tu la duk nganga kt rumah tatau nk buat apa.huhuhu.rs mcm loser.hahaha

miss puteri said...

KP~ yeah!hee.. nak prep barang deco dulu..hee..

nida~hee. bila byk masa dan rajin DIY pasti best.hee

lisa~kamon2 lisa.hee.. pi beli jar! boleh deco2!. put blum buat hiv test.hukhuk

Cik Puan Syafa said...

yeay.akhirnya...hehe, tak sesat kan? alhamdulillah. ^__^

miss puteri said...

hee. tak sesat. yey! direction syafa tepat dan mudah. tq dear!!

anaztasias nora aira said...

terbatuk !! alamak saya punya berapa kotak dear? muat ke kete saya ha sudah ehhehe saya kena ambik kt mana ek skrg?

miss puteri said...

kat kajang!hee. nty bgtau tau nora bile dah nak ambil tau tau!hee (~_^). nora 2 kotak besar n dua kecik.hee

fitria said...

wah byk tu beze harga.. skang mase utk deco.. :)

miss puteri said...

yey! meh tolong put deco2 meh.hee