Wednesday, June 15, 2011

bersediakah saya?


Ada yang membangkitkan soalan perihal kahwin muda... adakah sudah bersedia? atau nafsu semata-mata. tanggungjawab besar , bukan sekadar berkahwin untuk menghalalkan segala...

saya mahu berkongsi ini dengan anda semua artikel dari SINI

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
*Jika anda solo sekarang jangan khuatir, hanya belum tiba masanya m bukan, jambatan saya insyaAllah singkat, Alhamdulillah, insyaallah jodoh cepat. 23 tahun bakal berkahwin. Jika dulu saya juga merancang berkahwin pada umur 26 tahun. kita hanya merancang, bukan?*

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

*banyak hikmahnya berkahwin awal dan berkahwin lambat bukan, masing2 ada pro dan contranya. bila betul2 bersedia, kahwinlah. cukup syarat wajib nikah, kahwinlah. Doa bertemu jodoh.InsyaAllah, dengan izinNya, pasti ada jodohnya*

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

*betulkan? jangan bertangguh2 dan jangan terburu-buru, jika dah jumpa orangnya yakin dengan agamanya, kahwinilah..*

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

*lumrahkan? kita fikir yang indah2 hingga lupa persediaan dikala gundah. berhati2lah, bersedialah, yang penting sama-sama harungi waktu susah*

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

*kan kan... hee.kadang2 saya juga selalu terdetik mcm tu, bestnya... tapi hakikatnya kita tak tahu apa yang disebalik kesenangan dan kemewahan tu, mungkin dia ada masalah lain yang lagi besar, kita tak tahu kan, jadi, bersyukurlah, rezeki masing2, nikmat dariNya.*

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

*nie juga konsep bersyukur juga, kita nak jadi mcm dia, dia nak jadi mcm kita. normal kan. contohnya, bila kita naik motor, hujan mesti basahkan. naik kereta pulak ada selalu pula terperangkap dalam kesesakan dan kos minyak tol lagi tinggi bukan?, bersyukurlah*

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.



*saya selalu berfikir, bersediakah saya? bila saya akan bersedia utk berkahwin*


Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. *bermakna sekali ayat ni buat saya, bersediakah saya? saya dalam proses persediaan, dari pembacaan buku2, pengalaman mereka yang dah berumahtangga, pesanan mak ayah. hari-hari saya belajar sebagai persediaan, belajarlah untuk bersedia*

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

*artikel ini untuk saya memuhasabahkan diri sendiri dan juga berkongsi dengan kalian semua, lagi 93 hari saya bakal menjadi isteri. siapa yang tidak mahu menjadi isteri yang taat kepada suami, isteri solehah menjadi impian semua isteri.amin.amin.amin..*

9 comments:

iPai said...

tibe2 cam takut nak kawin ..

miss puteri said...

haha.. rilek2.. buat persediaan ye..hee (~_^)

LisaLisut said...

aminnnnnnnnnnnnnnnn.

put br 25?eh kita sama kan lahir 1985? ke i tua setahun dr u?
malam td i baring ats katil lepas balik kerja terasa letih sgt n terdetik dlm hati.. i'm 26 this november..i feel olddddddddddddd hahaha

miss puteri said...

eh eh eh.. i 23!hehe...next year 24! u akak i!!hikhik..

nida-razak said...

eh..put 23 eh..nida 23 gak..tp fist july ni turn to 24 suda..huhuh..

miss puteri said...

hee.. dah dekat dan tu nida!hee.. put thun dpn 24!hee

nida-razak said...

huhu..xpe..jiwa tetap muda tau..hehe..put, nanti nida pegi majlis put yg kat parit buntar eh..kat pahang xdapat la yunk...

wafa azman said...

puteri, thanks sbb share the article!!

Lisa, i pn 1985!! but my jambatan still panjang lg.. hehe~

miss puteri said...

nida~ ok dear! dialu2kn datang ke parit buntar ye dear! nty put hantar kad ye!hee..

wafa~ most welcome dear!!hee. sebaya dengan lisa nie.hee.. nanti kawin jugak nie..hee..thanks dear!