Tuesday, June 7, 2011

Anjung Amie Bridal


lama tak update xpdc kahwin rasanya.hee


moh kita ke xpdc kahwin bertandang!


Anjung Amie terletak di pekan Parit Buntar. Butik yang saya rasa sgt best. Owh ye, ni bridal untuk majlis bertandang di Tanjung Piandang nanti. PR bagus, belum boleh recommend 100% lagi sebab belum majlis. Jadi belum dapat tgok hasil 100% lagi. Siapa yang mencari bridal di area2 sini, ini boleh dijadikan option untuk kalian.


Sabtu lepas, inche tunang bawak saya ke sini untuk tengok mana baju yang saya berkenan dan tgok sendiri pakej yang ada. Saya hanya memilih baju yang saya minat, selebihnya pilihan inche tunang sebab majlis belah dia, jadi biar dia pilih apa yang di suka (~_^)


Pakej yang di ambil.


Baju lengkap tudung,kasut, perhiasan semua, pelamin bunga hidup, makeup, bilik pengantin, bunga tangan, 1 kanopi dan kerusi (30 org)-makan beradap. hiasan meja makan pengantin. owh , saya lupa dah apa lagi.hehe. oh ye.. photographer unlimited shoot+ storyboard (lupa lah apa namanya, nampak sgt tak fokus)


pandangan dan pendapat saya,


Baju- banyak pilihan dan cantik-cantik design terkini, nak buat baju baru pun tak mahal add 0n 500 shj jika ambil pakej. Baju pilihan kami songket yang tengah di buat masih belum siap.hee. songket design moden mcm tu..



Makeup- Masa saya datang ada dua pengantin yang tengah bersiap dan dimake up kan, saya tgok cantik sgt or mayb pengantin tu memg cantik. apa-apa pun saya suka *saya dah ada MUA utk bertandang*hee


Pelamin - Guna fresh flower, akan dibuat ikut budget anda, makin tinggi budget, makin mcam taman bunga segarlah pelamin anda. hee. Pelamin idea2 baru dan menarik juga. Inche tunang siap bawa majalah Ratu sehari sebab nak tunjuk pelamin yang dia nak.


Photo~ Majlis bertandang juga dah ada OP. mayb dari pakej ni akan menjadi 2nd OP, atau kami akan cancel photog utk pakej nie dan add on benda lain. Gambar pun cantik *cantik itu subjektif bukan * cantik di mata saya, mungkin tidak di mata anda semua.hee*


Bilik,meja makan pengantin : Ini macam biasalah, ikut tema yang kita bagi dia akan buat..hee..



harga pakej bermula daru RM4800 ye,, anda akan dapat pakej lengkap pelamin bunga sengar one panel, baju sepasang lengkap p/l, makeup, hiasan meja (1 kanopi 30 orang), photographer, hiasan bilik tidur, bunga tangan, dan lagi,lagi. lupa lah..hehe.semuanya boleh dirunding lagi, nak tambah kurang.. saya rasa berbaloi berbanding saya yang tidak mengambil pakej2 mcm nie, make up lain, pelamin lain, OP lain, semua lain2.hee. Apa2 pun saya puas hati dengan apa yang dipilih *sedapkan hati*hee..



ANJUNG AMIE BRIDAL


Main Office : 32 Jalan Sepakat ,Pusat Bandar Bagan Serai, 34300 Bagan Serai


Branch : No.4 Ground & 1st Floor Jalan Bestari Pusat Bandar Fasa II 34200 Parit Buntar


Tel :


+6012.5146237 -Suhaimi Ismail (Amie) Bagan Serai


+6013-6147529 - Zamri Md Noor (Zam) Parit Buntar


Email : info @anjungamie.com



nah gambar ikan gapi , cantik kan, nie masa ke Gurney Plaza, Penang ada Guppy Charity Competition



*entry celaru dengan tiada kronologi dan kurang berkualiti. maaf*hee

7 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Senang kan one stop centre, jimat pon jimat..

LisaLisut said...

put...sobsob.byknye baju cntik dlm kedai tu.huhuhu..parit buntar punya butik pn lg UP dr yg butik K kt shah alam yg i book tu.grrr.ni yg emo ni.sobsob

miss puteri said...

kan KP kan senang sgt bile ada semua n pakej menarik..

lisa~sgt bnyak baju cantik dia yang..insyaallah dear, i doakan u dapat yg cantik2 tau!

tqahmisdar said...

suke baju pink tu.. jauh tak parit buntar dgn bota? boleh sewa bju bertandang kat sini nnti..hee

miss puteri said...

hurm2.. jauh kot yang..hee. nak sewa baju je ok kot..bota area mane eh? teluk intan tu eh? lupa.hee. p lah. baju dia cantik2.hee

Mimis said...

Hye.. sy pun tgh mencari org yg mekap cantik kat area bagan serai / parit buntar. Sbb my majlis kat Bagan Serai

Ziey said...

i dah pernah guna khidmat Amie Anjung for my wedding...sgt puas hati...:)