Tuesday, June 7, 2011

Adab berhadapan dengan suami

Tengah dalam mood baca membaca dan ini sangat menarik minat saya untuk berkongsi disini.


ADAB-ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI –sumber dari iluvislam



1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. sangat penting kan yang ini, inche tunang saya macam nie, saya? kadang2 terpintas jugak cakapnya.tapi sekarang dah pandai mendengar ,dengar dengan diam..hihi. hari-hari belajar kan.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. -jangan suka menjawab, sama macam kita bila dengan mak ayah juga kan. diam lebih baik, bila suami tengah panas, jangan kita panas-panaskan dia lagi. Kitakan penyejuk dimata, penawar di hati (~_^)


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.- merajuk ni kadang2 mengada2 aje nak perhatian je. tapi saya tak pandai merajuk yang lama.hee.. dan senang dipujuk juga. insyaAllah. Merajuk nie boleh jadi sekadar suka2 masam manis hidupkan, jangan sampai jadi racun (~_^)


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).- hee.. nanti lepas kahwin nak praktiskan..hehe..*malu*


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.- dan si suami pun mestilah kena paham situasi isteri kan , Sama-sama baru balik kerja, penat mungkin kena sama-sama paham. cuba yang terbaik . kesefahaman itu penting.


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. *hee, selalu masak ikut tekak sendiri aje nak makan apa kan, sekarang dan pandang2 jeling2 dah tengok apa yang si dia selalu makan, dari situ boleh dah belajar2 masak apa yang si dia suka. Tanya mak mertua nanti, apa masakan yang disukai dan boleh belajar resepi sekali (~_^)


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.-ini yang paling nak buat, biarpun taklah pandai nak jahit sepasang baju, nak jahit jahitan insang pari, kia, sembat bagai2 tu bolehlah!hee..


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. - jarang nampak si dia ada sikat bagai2 dalam poket, nantilah tanya.hee


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri. - ini kena take note selalu. mesti ditaati meskipun letih, nampak macam berat kan, tapi insyaAllah pasti ada jalannya nanti, Suami pasti paham kan (~_^)


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. -sekarang memg kadang2 tak bgtau kan semua, dh kuar baru bgtau, dah beli apa2 baru cerita.hee... lepas kahwin, harap boleh membiasakan diri dengan meminta izin nie, duduk sekali insyaAllah senang nak praktis, bila LDR, kena lebih usaha .(~_^).sebab kadang2 keluar makan masa office hour ke kan, tak sempat bgtau ke... dah balik baru bgtau..


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. -semua pun nak cantik lawa2 depan suamikan..,


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.- air minum suami, cuba yang terbaik jugak ini (~_^). letak dalam termos .idea yang bijak, ye lah kadang2 waktu pi balik kerja lain2 kan..so, ikut situasi dan keadaan juga.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.-keluarga bakal suami saya sgt baik dgn saya, Alhamdulillah. Harap saya dapat sesuaikan diri .


saya mungkin akan berLDR selepas kahwin untuk beberapa bulan. Pengalaman mantan2 b2b yang berkongsi cerita dan nasihat mengajar saya supaya lebih bersedia untuk menghadapi situasi itu nanti.


*anda juga pasti punya pandangan sendri, dan bagi yang dah bersuami pasti dah melaluinya sendiri*

4 comments:

iPai said...

wah3 ... tips yg menarik .. thanx for d info

LisaLisut said...

eceh.so sweet.mostly semua sudah di brief oleh tunang i sejak couple.awl kan?hahahaha

thanks for your info Put.100days weyyy!

miss puteri said...

ipai~ sharing is caring!hee. welcome!

lisa~ hehe. kan kan. semua suami nak mcm nie kan..hehe.. welcome dear!

Aisyan EMC said...

Wah bagusnya si isteri nih