Saturday, May 7, 2011

Andai Itu Takdirnya

*pic google (~_^)*

Membaca novel memang menjadi hobi saya sejak sekolah menengah hingga matrik mungkin. Masa di Universiti dah kurang membaca novel. Mungkin banyak aktiviti lain juga mungkin laman sosial Facebook lebih menarik minat saya. Dan saya bisa menghabiskan bacaan dalam masa sehari sebab memang itulah saya. rugi ke tak beli novel lepas tu dalam masa sehari dah habis, lepas tu tak baca dah. ada yang nak beli pulak?hehe. (~_^)..

Andai itu takdirnya hasil nukilan SITI ROSMIZAH membuatkan saya menangis menangis dan menangis lagi sampai jam 3 pagi, Emosi bersama cerita, meletakkan diri menjadi mangsa. Sedih tak terkata.emosi kan. Saya percaya, ramai yang sudah membaca kerna ini novel terlaris dan kalau tidak silap saya sudah cetakan ke 13. Bermula dengan 6 cetakan pada 2008. 3 pada 2009 2 pada 2010 dan 2 pada 2011. Setelah 4 tahun baru saya ditemukan dengan novel ini.hehe.

Saya tidak pandai meberi review cerita, novel mahupun filem. sungguh tak pandai. Yang pasti, cerita ini sungguh meruntun jiwa. Tidak pasti sama ada kisah ini benar-benar ada atau tidak, harapnya tidak. Kerna punya akal dan minda, punya iman di dada janganlah buat orang lain merana.

sedikit sinopsis dari google



Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."



sekian
selamat hujung minggu

5 comments:

~ NANA ~ said...

put!!! i dah khatam novel ni...mmg best & sedih kan?

anaztasias nora aira said...

oh peminat novel rupanya. hehehehe leh la hadiakn bku dekat put byk2 :)

ain rahman said...

dh baca novel ni 3 years ago..tp still mcm bru bce smlam..huuuuu (~_~) sedih sgt cte ni,sy bukan peminat novel tp bce novel ni bt sy nangis xbhnti, huuuu....benci Syed Adam Aizril tu!! huh *emo skejap*

didieadila said...

put..dah baca tak lili buat najah? tangkap leleh jugak tu..hehe..

MrS hOnEyBeN said...

hani pon da beli novel ni mase 2008 or 2009.. then arwah kawan hani yg meninggal mase kitorg LI pinjam.. & that novel still can't be found.. cite ni plg best pnh hani bace.. :)