Sunday, February 6, 2011

'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..... and they live happily ever after"

ini sticky post.
sila scroll bwh utk entry seterusnya


Kisah percintaan abah dan emak yang menjadi inspirasi buat saya dan dia

"....and they live happily ever after"

Bermulanya kisah,

Si Uda dan Si Dara, perkenalan bukan dirancang, inilah suatu ketentuan. Si Uda dan Dara bukan kenalan sekolah mahupun teman sepermainan, bukan juga teman sekerja. Inilah jodoh katanya, sudah tertulis di Luh Mahfudz, mereka serasi bersama. Si Uda kakitangan Telekom Malaysia dan Si Dara sedang menjalani kursus kesetiausahaan tatkala itu di sebuah Pekan Parit, Perak namanya.

Dek kerna panahan cinta pandang pertama, apa yang dibuat tak kena belaka, nak minum air pun dah terambil cuka, potong sayur pun tangan yang terluka, aiiii, parahlah dek penangan cinta. Kerja di Telekom senang lah katanya, nak dapat nombor telefon rumah si dara. Hendak seribu daya, pasti kena usaha. Alhmdulillah, berjaya dapat akhirnya.

Maka, bermulalah cerita (eh, baru nak mula?) cinta mereka. Setelah proses ayat mengayat, gayut bergayut, surat-menyurat, yelah, bukan senangkan nak memikat si dara, ambil masa setahun juga. Petang-petang masa minum petang, gerai laksa depan tasik menjadi pilihan warga Parit. Ketika inilah masanya si Uda bertemu si Dara. Si Dara, berbaju bunga, berskirt kembang, persis Saloma katanya. Si Uda, berseluar yankee, berbaju kemeja bunga, hensem kalah P. Ramlee rupanya.

*Dipendekkan cerita*

Si Dara sudah tamat berkursus di Perak, pulang ke tempat asal Pahang. Lagilah tak senang duduk si Uda di sana. Manalah nak ada segala telefon tangan apatah lagi mukabuku inikan pula internet semua. Surat dilayang tanda kenangan, tanda ingatan. Sebulan juga menunggu surat balasan, manakan ada pos laju, ekspres segala.Hanyalah pos biasa, ambil masa lama, hari-hari baca surat yang sama, sementara tunggu surat balasan diterima. Oh, inikah cinta mereka, indah bukan hanya di mata, bukan sekadar kata.Indahkan cinta mereka.

Sepasang kurung biru dihantar buat Si Dara, persalinan buat raya daripada Si Uda. Pabila lagu ini berkumandang di corong radio setiap kali raya pasti dicerita kisah mereka “Akak, ni lah lagu mak dan abah” . Lagu Khairil Johari Johar, Sepasang Kurung Biru buat memori lama tidak pernah pudar walau dimamah masa.

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku

Tanggal 4 Februari 1985,

Rombongan meminang dihantar, Perak-Pahang, kalau sekarang 5 jam dah sampai dengan highway, kereta hebat belaka. 26 tahun yang lalu?? Negara belum pesat membangun, maka kemudahan bukan macam sekarang, namun itu bukan penghalang. Meredahi bukit bukau, jalan berlubang, berlopak,hutan belukar di kiri kanan. Sehari hanya di jalanan. Inilah cabaran, tanda kesetiaan, cinta bukan hanya berkasih sayang inilah dia pengorbanan dalam percintaan. Manakan boleh ada pepatah, ‘Gunung tertinggi sanggup ku daki, Lautan api sanggup ku renangi’. Itulah begitu hiperbolanya dalam menggambarkan betapa cinta itu memerlukan pergorbananan, untuk mendapatkan kemanisan sebuah perhubungan sah ikatan.

Datang menyunting manis si ratu,

Harap agar ratunya sudi,

Dua hati dah jadi satu,

Cinta sejati Cinta abadi.

---------------------------------------------------

* Akad Nikah (Pahang, 4/2/1985)

i

*Sanding (Pahang, 6/4/1985)

*Tandang (Perak, 13/7/1985)

,

*Tandang (Perak, 13/7/1985)

---------------------------------------

Kisah Si uda juga Si dara,

Bukan dongengan bukan pujangga,

Inikah ceritera cinta mereka,

InsyaAllah, doakan sampai ke syurga.

Dari mata jatuh ke hati, dari hati ikatan terpatri. Bukan sekadar kisah biasa, inilah kisah mereka, kisah dua permata, dua insan bersatu hati, mengikat janji, ikatan yang pasti, dari situ lahirlah kami sang putera dan sang puteri. Bukan satu, bukan dua. Tetapi sepasang putera, sepasang puteri.

And they live happily ever after……………………

· SI UDA (Abah)- Encik Ahmad Zai B. Abd Wahab

· SI DARA (Emak)- Puan Rohani Bt Ismail

· 2 PUTERA - Megat Ahmad Rezza, Megat Ahmad Razzi

· 2 PUTERI- Puteri Raifana, Puteri Raifeeza

*SANG PENCERITERA - Puteri Raifana

*Sani & Put*
*kami juga akan nikah sanding di Pahang dan majlis tandang di Perak, samakan?(~_^) *

Penganjur Pameran Pengantin = Urban Vibe Event
Lokasi = Shah Alam Convention Centre (SACC Convex Shah Alam )
Tarikh= 11-13 Feb 2011

LOGO PENGANJUR


LOGO RASMI PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA




*SYARAT PENYERTAAN*

1.saya berumur 23 tahun * layak*
2.menjadi follower ppm di blog dan add di fb *DONE* BUKTI?

oh maaf dah terconteng muka org lain *ampun2*

3, Tajuk entry (DONE)
4. Banner di Side bar, di link sudah, di Fb juga (DONE)
5. like-urban vibe event page (DONE)
6. Gambar pasangan (DONE)
7. Kisah Cinta EmakAbah (DONE)
8. Gambar kahwin mereka (DONE)
9. Nama penganjur dan lokasi, tarikh (DONE)
10. Banner penganjur dan PPM (DONE)
11. Tinggalkan komen dalam ENTRI INI (DONE)!!

yey!! dah siap akhirnya. gembiranya saya. (~_^).doa je moga rezeki ada.amin...

8 comments:

dhiyalova said...

wah, ade contest wedding eyh..all the best sis!!

miss puteri said...

yup! sekadar mencuba dik.hehe. (~_^)..tq dear! (~_^)

adorable ~A.N.A said...

chayok2 aja2 fighting!!! :)

miss puteri said...

tq ana!!

Nasuha Salleh said...

good luck!!!hrp2 ade rezeki ye ;)
My Recent Post: Doa Pemanis Wajah

miss puteri said...

tq dear!!(~_^)amin...

Norain Yusof said...

alahai...
nice entry kakput cyg..heee

miss puteri said...

tq adikku sayam!hee