Wednesday, December 8, 2010

merancang perkahwinan (~_^)

salam b2b semua!

Lama bercuti.blog pun turut bercuti. cuti selama 4 hari. ke perak, ke nilai, subang dan pulang semula ke pahang. dah jumpa puteraku semalam!ngee (~_^). saya ke sunway lagoon.! yey!ngee









nak share langkah2 utk majlis perkahwinan *sumber settle kahwin.com



1) Tetapkan tarikh
senangkan bila dah tetap tarikh, nak book itu, dah terus boleh gerak kerja kahwin. kalau lambat je nak tetap tarikh, tiba2 kahwin x sampai lagi 2bulan mesti jadi kelam kabutkan. macam put masa tunang dulu pun dah tetapkan tarikh, nak ikat setahun lebih. khwin hujung tahun 2011.(~_^). so, sekrg dah merangkak2 buat persiapan. belum tahap berlari lagi (~_^). dah boleh buat save your date awal2 lah!hehe

2) Kursus kawin
Ramai kawan2 put dah buat kursus kahwin masa belajar dulu. kononya lambat lagi nak kawin, takdelah excited pun nak pi kan. bila dah bertunang, barulah nak amik kursus kahwin. so, sape2 yang nak kahwin, pi lah kursus kahwin. tidak tak boleh kahwin!hehe

3) Tentukan konsep majlis
bincanglah dgn pasangan dgn family nak konsep mcam mana, taman bunga ke, tradisional ke, modern ke.. kat rumah ke, hotel ke..so, senang nak buat budget dan nak buat persiapan nanti

4) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat bajet adalah dgn menglistkan semua perkara yang memerlukan budget.
ada yang tulis dalam buku, dalam excel, mcm2 lah kan. so, buat budget segala keseluruhan. nanti barulah tahu banyak mana duit yang anda perlu. tgh2 buat budget tiba2 mcm takut jeh tgok angka beribu riban 2. huhu. bykny...

5) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput senang nak buat budget jemputan nanti. nak tempah kad, nak masak byk mana, cenderahati kan..

6) Pilih pakej perkahwinan
Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. takut semua dah di book awal2 kan.. so, pilihlah yang anda berkenan dan yang sesuai dgn budget anda!.

7) Tempah kad
Setelah siap buat list jemputan, boleh lah tempah kad! dan jgn tunggu last minit baru nak hantar. dalm 2bulan-sebulan sebelum dah boleh anta dah. 4-5 bulan before kahwin dah boleh kumpul2kan alamat(~_^). nanti senang terus tampal jeh!


8) Shopping untuk barang2 hantaran
Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Sekarangkan tgh sale krismas kan kan. jum kita membeli barang2 yang boleh dibeli awal (kasut, handbag).dan dah boleh kalau nak gubah2 juga(~_^)

9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung. lagi awal lagi bagus. nanti emas naik harga.hehe

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama
Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3-1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan
Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy
Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.
Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!
Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna

1 comment:

CikSyafa said...

my dear ,

syafa ada award utk u ^__^

datang collect ya

http://justyouni.blogspot.com/