Sunday, December 19, 2010

Etika Kad Jemputan

Lama rasanya tak update kan.. pi khatam baca blog rizalman nu….waaaaa. cantik kan baju marion itu..isk2… dengan deco2 rumah yang superb. Owh..berangan put malam tadi dengan deco2. Terus msg inche tunang ckp nanti nak deco rumah cantik2 mcm 2.. inche tunangsaya layankan jeh angan2ku .hehe… sangat suka ok!!. Tak sabar rasanya.hee.

Owh ye.. bulan 12 nie pnuh dgn kenduri kahwin, kenduri tunang dan mcm2 lagi. Macam2 jenis kad jemputan yang hadir kat atas meja kat pejabat. Cantik2 semuanya. Selalunya sebulan sebelum majlis ahli keluarga pengantin, pengantin sendiri mesti tgh sibuk2 nak

edar kad-kad bgaikan. Dua minggu, seminggu before majlis juga time yang disukai utk anta kad, sebab takut anta awal nanti, tetamu lupe.

So, uols dah tempah kad?? Put mestilah belum. Rekaan dah bermain2 dalam fikiran dah. Dah bagitau inche tunang dah mcm mana. Dia setuju jeh.hee..

BENTUK, REKAAN, UKURAN JUMLAH PERKATAAN, WARNA KAD mempengaruhi belanjawan utk kad kawin anda..

PANDUAN PERSIAPAN MENEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN

  • Mulakan dengan ayat-ayat suci al Quran.

Ayat ini haruslah mempunyai pengertian dan makna dalam alam perkahwinan

  • Selitkan serangkap pantun

Mempamerkan keindahah budaya Melayu

Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

  • Jangan lupa sebutkan pangkat atau gelaran

Tan Sri, Datuk, Encik pada permulaan nama tetamu. Ini lebih kepada memenuhi etika protocol

  • Terapkan tema warna dan konsep kahwin anda
Kalau buat tema warna purple+pink (eh, tema saye lah, hiks) letak sikit2 warna tema pink ke kan. If ada tema songket, bolehlah selit2kan corak tekat atau songket.
  • Gabungkan kad belah lelaki dan perempuan.
Ini salah satu cara nak jimatkan budget anda.
  • Pilih kata-kata yang ringkas

Kata-kata yang sopan dan pastikan nama kedua2 ibu bpa, ahli keluarga selain maklumat terperinci majlis adalah tepat.

  • Selaraskan warna kad dan hiasan dgn smpul.
Ni kalau ada budget lebih bolehlah ye, tak pun takpa..

  • Pilih warna kad jemputan yang lembut

Warna putih mutiara biru laut, pink rose.. Nampak tenang lagi indah. Tapi tak salah nak guna warna gelap..

*sumber majalah wanita disember 2010

boleh usha kad kahwin kat sini KAD KAHWINKU

No comments: