Saturday, November 27, 2010

checklist X -kahwin

*gambar tuan tanah sebagai penyeri, hiks*

sekarang adalah masa untuk baca blog2 bride to be (b2b) dan tegur2 mereka semua supaya nanti senang nak tanya apa yang patutkan. tak kenal, maka tak cinta. maka, meh2 kenal2 sini meh.

nanti dah dtg mood baru update. bulan disember baru akan start preparation. setahun sebelum majlis. google2 then jumpa checklist nie kat blog DIARI KAHWIN SAYA *mohon copy ye*

PERSEDIAAN SETAHUN SEBELUM X- KAHWIN


DECEMBER 2010 (12 bulan lagi)

bincang bila waktu dan tarikh nikah *dah kompem*kekal pada tarikh yang dibncg time tunang*
bajet anda(sederhana,rendah @ mewah)*saya yang rendah2 je*
Teliti lokasi majlis*rumahku*
rancang jamuan yang ingin dihidangkan,hidangan @ buffet *pastilah buffet*

JANUARI 2011 (11 bulan lagi)
tetapkan tarikh nikah,kahwin dan bertandang *confirmed*
mengikuti kursus kahwin *DONE*
mengintai-intai pakaian kahwin *masih dalam kecelaruan identiti*
beli2 barang hantaran *dah buat checklist akan diintai time mega sale hujung thun ni*

FEBRUARI 2011 (10 bulan lagi)
pilih pengapit *so, my gff sume, siap nk?? meh isi borang dulu*
rancang warna tema *surveying, sume kaler bley?hiks*

 

MAC 2011 (9 bulan lagi)
kumpul nama tetamu *akan di kumpul sedikit lame2 jadi bukitkan*
pilih katering kalau gune katering le *gotong royong!*
pilih jurufoto dan juruvideo *surveying, budget2*

APRIL 2011 (8 bulan lagi)
selesaikan janji temu dgn doctor *ni utk apa ye?*

MEI 2011 (7 bulan lagi)
tentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
pakaian untuk pengiring pengantin
pilih jurusolek *tengah survey*

JUN 2011 (6 bulan lagi)
tempah kad kahwin *tgh survey design lagi*
hubungi kadi dan pejabat agama
jalani ujian darah/HIV

JULAI 2011 (5 bulan lagi)
selesaikan semua urusan persandingan
pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan
(undangan, kek pengantin,bunga pegang,bunge2 lain)
tempah cenderahati

OGOS 2011 (4 bulan lagi)
pilih cincin kahwin *cincin dah byk,gelang pulak kan myprince*
siapkan gubahan hantaran *DIY*

SEPTEMBER (3 bulan lagi)
pastikan kelengkapan PA system lengkap spt DJ, lagu dsb
aturkan penginapan saudara dan rakan2

OKTOBER (2 bulan lagi)
tulis dan utuskan kad kahwin kpd teman dan tetamu

19 NOVEMBER 2011 (19 hari lagi)
lakukan perawatan sebelum kahwin
pastikan segala tempahan pelamin/jurusolek, bilik, keperluan perkahwinan berjalan lancar
pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pd hari tersebut sudah sedia spt: barang kemas, layah, tiara dan kasut

Seminggu sebelum (bulan 11)
teliti perancangan yg telah di lakukan
selesaikan semua urusan kerja
tenangkan hati

hari perkahwinan (bulan 11)
pastikan isi perut dulu
mandi bersih2
berdandan cantik dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar

 

ok dah tgok2 checklist dah semangat baru boleh proceedkan..

 

*teruskan blogwalking*

 




No comments: