Thursday, March 31, 2016

Abah's Surprise Birthday


Sambung cerita birthday lagi buat kenangan

Dah buat suprise untuk Mak, takkan takde untuk Abah kan. So to be fair and square, mari kita sambut birthday setiap bulan. hehe.  Sambut birthday Abah kat Kulai masa seminggu cuti sekolah tu, kami ke sana Khamis-Sabtu.. So, last ,minute plan nak celebrate kat satu restoran baru kat Kulai Jaya ni #majorstreetcafe kat Taman Indahpura, bagus sangat servis diorg ni, dahla last minute bagitau nak kek bagai, adik tu siap tolong belikan kek kat secret recipe n hias background. 

Kat kedai ni makanan western, sedap semuanya.Harga pun berbaloi.

Share satu pic makanan lambrack rasanya ni, sedapp


Gambar wajib seisi keluarga, masih tak cukup korum, adik lelaki takde


Abah ni suka amik gambar kelakar. Semoga diberi kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dan semuaaaaa yang baik-baik




 Kek banana choc Secret Recipe, Lama dah tak makan kek SR, ni sedap n anak-anak suka sebab ada pisang.

Emak's Birthday


Amboi sangat  birthday bulan 2. bulan 3 baru nak update. haha. So kita throwback lah sikit-sikit  buat kenangan. Birthday Mak ke 52. Alhamdulillah.. Berkesempatan celebrate beramai-ramai bersama sanak saudara jugak. 

Kek sedap dari bakingbrothers. Boleh search ig #bakingbrothers adik Hanis Zalikha ni. Memang carik baker area Shah Alam sebab celebrate kat umah Shah Alam.

 Moist Choc Strawberry Cake.


Order jugak creampuff yang sedap sangat ni dengan diorg jugak. 


Cheese tart gebu, sedap sangat 



 Mak Abah, Anak Menantu, Cucu. Anak lagi dua orang tak de. hehe


Semoga Mak sentiasa diberi kesihatan yang baik, kemudahan dalam semua urusan, gembira bahagia bersama kami, terus dimurahkan rezeki dan segalanya yang baik-baik untuk Mak. Akak sayang Mak sangat.


 Aish.. terasa nak makan kek pulak. Ilman dok nak makan kek Happy Birthday to you. Menyusul birthday Abah pulak 12 March, Then adik 1 April, mine 11 April and Annur 17 April. Semua suku tahun pertama ni. haha. Boleh request da kek apa nak ni. hihi




Annur Safiyya's First Step



Si kecil Annur Safiyya (^_^)

Budak Annur ni dah nak masuk setahun bulan lepas... Cepatnya anak ibu ni besar. Annur ni jenis halus je. ringan badan. Masuk 10 months dia dah bertatih nak jalan , 11 bulan dah steady dah jalan. Laju je kalut berjalan.. Belum dalam plan nak buat birthday party dia. Ibu no idea.. sebab malas nak kemas rumah. Ahaha. So, kita try buat outdoor ke macam mana nanti. Tengok tahap kerajinan ibu.

Simanis Annur Safiyya berlatarbelakangkan seni tangan Abang Ariff Ilman. haha





Ibu tengah cari mood nak menulis blog. Semoga sampai kerajinan itu.hehe

Tuesday, February 16, 2016

Kisah Pavlova Love by Rara

Assalamualaikum..

Dah masuk Februari kan..cepat je. Update bulan Januari tak habis-habis lagi. haha. Takpelah slow-slow asal ada update biarpun asyik krikkrikkrik aje blog ni.

So hari ni nak share kesedapan, kecantikan, kemanisan dan keterujaan sebiji kek bernama PAVLOVA by rara.

Dah lama nak merasa kesedapan Kek Pavlova Rara ni. Tunggu masa je nak order. Maka, sempena hari keputeraan putera cinta hatiku. ececece, Kita orderlah kek Pavlova berbentuk love sebagai bukti bunga bunga cinta. ke buah buah cinta. Padahal diri sendiri yang nak makan Pavlova. haha. 

Bagus sangat Rara ni, request je nak buat love, dia try buat biarpun tak pernah buat. Dalam tak pernah buat tu, perfect gila pavlove dia buat. Dahla sedap, meringue rangup, krim banyak & sedap, buah fresh & banyak,tak over manis, masam manis secukup dan sesedap  rasanya... tengah cerita ni pun dah terliur nak makan pavlova lagi.hahaha


Marilah Pavlova bergambar sebelum dimakan dengan gembiranya. 

Last minit mintak Rara tulis Happy Birthday tu.haha. Tulis pun cantik . Korang nak tulis ni bagitau awal-awal kang dia buat lagi meriah berdesign .hehe


Candle light dinner dalam bilik, tu yang bercandle bagai. 


So, sesiapa yang nak order Pavlova by Rara yang sedap gilos ni.. bolehlah terjah Ig n Whatsapp Rara yang akan melayan segala apa yang korang nak. haha.

@sugarlandbyrara  -ig @ fb
019 4774240 -WA



Sekian, review Pavlova kita untuk hari ini. Semoga hari kita dipermudahkan dan diberkati selalu...



Wednesday, February 3, 2016

Kisah Sambung Belajar


Assalamualaikum.

Belum cerita perihal sambung belajar , tiba-tiba dah tamat. Haha. Mehlah kita mengimbau sikit kisah sambung belajar ini.. Memang macam biasalah niat lepas degree memang nak sambung belajar, siap terus beli borang master research kat USM, da siap discuss dengan supervisor. Tapi itulah, kita hanya mampu merancang, rezeki kerja dulu sampai. Dah kerja rezeki kahwin awal , rezeki anak.. sudahnya.  tahun 2014 baru ada rezeki sambung belajar di UPM.

Alhamdulillah, dipermudahkan jugak dapat sponsorship company, 30k jugak nak bayar untuk 4 sem. Master Plantation Management ni memang antara yang paling tinggi yurannya. Lecturer ada yang dari UPM dan jemputan luar juga.. 

Februari 2014 bermulalah perjalanan kelas setiap Sabtu-Ahad 9-5 . Masa ni anak masih sorang dan sian Ariff Ilman kena tinggal selalu sebab ibu kerja dan sambung belajar. Rasa tough betul masa tu Ilman pun masih setahun lebih masa tu.. Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat memahami, pengasuh yang tidak berkira dan family yang sentiasa menyokong. Kalau tak , tak tahulah macam mana nak mengharunginya.

Dalam masa belajar masuk sem 2.. rezeki mengandung lagi.. Alhamdulillah jugak dapat mengharungi sem 2 dengan jayanya.. Baby pun sama-sama memahami ibu yang tengah belajar. Memang niat dalam hati tak nak postpone study.. Alhamdulillah bersalin pada minggu cuti sem dan cuma cuti jap tak pergi kelas untuk sebulan. Ingat lagi masuk exam tengah pantang.  Syukur sangat sem 3 tu dapat lecturer yang sangat memahami dan  tak strict. Dalam banyk cuti pun sem 3 score highest dari 2 sem sebelum. hehe. Alhamdulillah... Dipermudahkan semuanya..

Dan sem akhir diiringi dengan 2 orang anak pula.... Nak cerita pahit getir memang banyak. Dalam hati fikir memang nak habiskan cepat-cepat. Sem akhir sangat memberi tekanan sebab banyak sangat assignment n subject Marketing yang menyesakkan. haha. Berkorban masa, tidur  dan paling sedih berkorban masa dengan anak-anak. Sobs. Nak kena siapkan final project dan semua assignment yang melambak-lambak.. Kagum dengan diri sendiri yang berjaya habiskan semua. Dipendekkan cerita, tamatnya sambung belajar di UPM 2014-2016 dengan jayanya...Belum grad lagi, hujung tahun ni InsyaAllah..

So, akhirnya terimalah gambar-gambar kenangan sepanjang belajar di UPM

Majlis makan-makan akhir sem


 3 orang je yang final sem


 Cake for us. Sedapp



Final Project Presentation


My great supervisor, Dr Ridzwan


Three of us




Copy sikit ayat dalam thesis. hehe

My deepest gratitude goes to my family for their unflagging love and support throughout my life. I would like to give special thanks to my beloved  husband, Mohamad Kharussani , my loving son, Ariff Ilman and lovely daughter, Annur Safiyya for their patience, encouragement, understanding and sacrifice throughout the two year programme. I am indebted to my lovely father, Ahmad Zai and my mother, Rohani Ismail for their care and love.  Further thanks should goes to my parent in law, siblings and friends for their continuous support. 


                                                                   and 
                                                               the END

Tuesday, February 2, 2016

Kisah Sekolah Ariff Ilman

Assalamualaikum 

Salam Februari . Kejap je kan dah masuk Februari. Jadi marilah kita mengimbau sedikit kenangan bulan Januari yang sudah berlalu pergi meninggalkan kita. ehehe.

Ariff Ilman masuk sekolah dah . hehe

Sebelum ni , setiap kali tanya Ilman, dia cakap taknak sekolah. Ibu pun selalu tanya, stress dia nak jawab. ahaha. Sekali tu tanya, dia cakap nak sekolah. So, marilah kita tengok mana yang dekat dan memudahkan. Little caliph , PASTI je dalam senarai. ehe. sebab yang lain semua dah full.haha.

Mesej2 cikgu PASTI dan dia cakap ada 2 kosong untuk  murid  4 tahun. Malam sebelum daftar baru pergi beli kasut and beg. haha. Mujurlah ada barang dekat-dekat je dengan rumahnya. 

Seronok sangat tu ada beg Car . hehe




Hari pertama sekolah tak ambil gambar pun . Bayar yuran RM 395 kot . Lupa dah pulak. PASTI ni senang sebab anak pengasuh pun sekolah kat sini. So, naik  van  pergi balik berteman. Takde lah risau sangat. 

Muka tatau la nampak sedih je ibu tengok,haha. Sorang lagi tu anak pengasuh umur 6 tahun.



Pengasuh hantar gambar sebelum pi sekolah. 
Belum pass buat peace lagi tu. layankan je. haha



Pagi-pagi , ayah kejutkan ilman jam 6.30 . Kena bertabah jugak nak kejut dan mandikan dia. Mood pagi-pagi ni biasalah. Kena awal sebab kami keluar p kerja  jam 7. So, nak tak nak kena mandikan jugak awal-awal. Biasakan lah kan nanti nak sekolah betul macam tu jugak kena bangun awal pagi.  Ayah hantar Ilman n Annur ke umah pengasuh dulu dan dalam jam 7.30-7.45 pagi, van datang ambil pi sekolah. Dekat sangat pun sekolahnya 5 minit je dah sampai dah. jam 11.30 pagi dah balik sekolah dah.

Selama sebulan ni tengok dia seronok pergi sekolah, cakap sekolah best. naik van,  balik umah asyik dengar nyanyi .hehe. adalah jugak selawat ,doa, abc , 123 . hehe. Asal dia seronok berkawan  tu ok la. saja bagi berkawan dulu..

Tahun depan tengok nak stay PASTI ke tak. Kena survey awal sikit. Sekarang boleh tengok-tengok dah tempat nak hantar. Kalau dia happy dan seronok kat situ, teruskan je..

Semoga anak ibu diberi kesihatan yang baik, sentiasa dilindungiNya, berkawan baik baik dan diterangkan hati untuk menuntut ilmu...

Thursday, January 28, 2016

Januari 2016




Dear Blog,

Terlalu banyak cerita yang nak dituliskan sebagai memori dan kenangan buat masa hadapan. Semoga diberi peluang dan kerajinan untuk menulis. 

JANUARI 2016

FINALLY.. Alhamdulillah , finished my Master in Plantation Management. Will update later the love-hate journey and also my beloved husband's 29th Birthday.







Till then.. Assalamualaikum.. tak jawab dosa.. kalau jawab sayang. (Maria Elena tagline)